Yang pseudo, yang palsu itu
Dalam pertemuan semalam ─ di Masjid Bulat, ada dua ungkapan yang sempat kita rekodkan.
“One man with gut is a majority”
Satu lagi ungkapannya ialah, “ Kekuatannya hanyalah wang. Wang itu untuk menaikkan anaknya ke atas takhta.”
Katanya lagi, kita ingin melihat anak-anak muda menjadi di antara kumpulan paling depan dalam perjuangan melaksanakan ‘regime change’.
2.
Namun kerja ini bukanlah mudah. Seekor bapa kerbau yang disembelih menggelupur sekuat-kuat kudratnya untuk mempertahankan seutas nyawa itu. Jika kaki-kakinya tidak diikat, demi nyawanya, ia bakal bangun untuk mendobrak segala yang menghalang laluannya menuju alam maut.
Ya, untuk mempertahankan nafasnya yang terakhir itu, bapa kerbau itu tidak akan berdiam diri.
Apabila saban hari diserang bertubi-tubi, dengan begitu gencar sekali, lengkap dengan buktinya bahawa Sang Penguasa via SPR sedang mewujudkan projek untuk memberi nyawa ini kepada Sang Penguasa dalam PRU 13 nanti, mereka di atas takhta pun gelabah, segelabah-labahnya.
Sepertimana yang telah kita katakan berulang-ulang kali sebelum ini, apabila Sang Penguasa itu diserang bertubi-tubi, kiri dan kanan, via sayap kanan, sayap kiri, midfielder atau bek, hatta penjaga gol pun mara untuk membocorkan gol Sang Panguasa, mereka perlukan satu lencongan segera.
Tiba-tiba Mat Sabu pun dituduh mengangkat Komunis, lengkap dengan cerita dan label anti Tuhan, sebagai tokoh. Dan seperti biasa para pecacai maha samseng nombor satu di negara ini pun, berpestalah melelong hujahnya, siang dan malam bahawa Mat Sabu telah melampaui batas kewarasan.
3.
Marilah kita kembali membetulkan tumpuan.
Marilah kita kembali ke isu paling utama sebelum kita berdepan dengan PRU 13 nanti. Marilah kita sama-sama pastikan pilihan raya, PRU 13 itu benar-benar bebas, adil, telus sepertimana yang diminta Bersih 2.0 yang bersejarah itu. Tidak ada pilihan lain, kecuali itu.
Sekiranya kita tidak diberikan peluang itu, maka sahlah kemerdekaan kita belum lagi lengkap. Apakah istilahnya? Pseudo? Ya, palsu dan bohong semata-mata.
Marilah kita kembali melihat segala tingkah SPR yang amat luar biasa itu. Marilah kita bersihkan apa yang mesti dibersihkan.
No comments:
Post a Comment