Thursday, September 8, 2011

Masih doyan bercanda dengan media Sang Penguasa?


Kesalahan-kesalahan sejarawan

Sekali lagi kita petik dari bukunya, Kuntowijoyo, Pengantar Ilmu Sejarah, Yayasan Bentang Budaya, Yogyakarta, 1999 (cetakan ketiga).

Bab 10 buku ini yang membincangkan “Kesalahan-Kesalahan Sejarawan” antara lain menegaskan salah satu kesalahannya ialah, “Kesalahan pertanyaan bersifat dikotomi”:

Kadang-kadang sejarawan berfikir hitam-putih seolah-olah peristiwa atau tokoh hanya dua kemungkinan.  Topik seperti, “Diponegoro: Pemberontak atau Pejuang?”, seolah-olah menyudutkan Diponegoro pada dua kemungkinan itu.  Kalau orang berpihak pada raja pastilah Diponegoro dianggap sebagai pemberontak, tetapi yang di pihak Diponegoro, Diponegoro itu pejuang.  Demikianlah sastra babad pun terbagi jadi dua.  Dalam sejarah yang lebih baru, yang masih ada pewaris tokoh-tokohnya, kesalahan dikotomi bisa berisiko tinggi. Dalam hal sangat tinggi risikonya ada baiknya sebisa-bisanya sejarawan hanya menulis, seperti kata Ranke as it actually happened atau suatu technical history, dengan menggandengkan fakta.  Perlu diingat, tugas sejarawan bukanlah mengadili, tetapi melukiskan.”


2.

Sekarang ini di depan kita, (katanya sudah dua sudah minggu penuh,  media Sang Penguasa itu berpesta), Sang Penguasa itu telah memetik episod Bukit Kepong dengan memutar-belitkan hujah pokok Mat Sabu: Bahawa Umno bukanlah pejuang kemerdekaan yang sebenarnya. Hujah Mat Sabu lagi, di sana ada pejuang tulen yang telah dipadam jasa bakti, pengorbanan, darah dan air mata mereka.  Mereka antara lain termasuklah kelompok kiri dalam masyarakat.


3.

Oleh sebab dalam episod Bukit Kepong ini,  terdapat unsur-unsur emosinya yang sangat kuat, maka hantu yang bernama Komunis itu pun dihidupkan semula.  Putar belitnya ialah Mat Sabu telah...
Malangnya dalam kalangan kita yang umumnya kelihatannya cukup waras mantap rupa-rupanya kadang-kadang turut terperangkap.  Sebagai contoh bacalah, “Political Jester Mat Sabu’s insensitive remarks on Bukit Kepong “ by Tunku A. Aziz,  September 7, 2011 www.nst.com.my
MOHAMAD Sabu, or Mat Sabu, is always good for a laugh and I must say I find his speeches on the hustings delightfully shallow.
You may say that he is entitled to his opinion and I agree. However, when facts are twisted, so much so that they border on lies, he invariably invites, and deservedly so, innuendos and strictures…”


4.

Kenapakah kita masih lagi rela mendekati, didekati oleh media Sang Penguasa ini? 

Tidak cukupkah segala tindakan Sang Penguasa dan segala medianya dengan kerja-kerja bejat mereka selama ini? 

Untuk apa kita mahu tumpang semangkuk dengan memperkukuhkan segala putar belit mereka selama ini? 

Apakah kerana kita tidak begitu bersetuju dengan pandangan teman-teman kita dalam pasukan, maka kita pun meluru mencari pentasnya musuh?


5.

Apakah pengajarannya? 

Contohilah Pak Samad yang tegas tidak mahu sama sekali berurusan dengan sebarang media milik Sang Penguasa ini. Begitu tegas sikap, pendiriannya.

Sebagai anggota ‘masyarakat madani’, apakah pendekatan strategik kita bila berdepan dengan Sang Penguasa dan medianya yang tanpa malu-malu lagi menjadi samseng nombor wahid di negara kita?  Apakah kita menonton saja?

Apakah kita lupa, satu ketika dulu, pada malam sebelum pilihan raya, Tengku Razaleigh muncul di kaca tv dengan tengkolok ‘berlambang Kristian’ itu. Itulah yang mereka beritahu kepada rakyat jelata.

Mereka bentang dan tafsirkan pembohongan-pembohongan seperti ini kepada seluruh rakyat. Maka para pengundi yang malas berfikir ini pun percayalah.

Kenapakah kita mesti lupa peristiwa, “Satu malam sebelum pilihan raya itu?”

6.

Jangan lupa, segala persepsi yang dibina dalam kalangan orang-orang yang tidak dan malas berfikir itu bukanlah satu kebetulan.  Di sana ada agendanya.

Dan episod Bukit Kepong ini bukanlah satu kebetulan walaupun yang berucap adalah Mat Sabu. 



2 comments:

akbajalil said...

Inilah sifat orang kita. Rakyat Melayu terus buta hati. Malas membaca tetapi mahu senang segala, dengar sahaja kemudian terus percaya tanpa mahu mengkaji dan memeriksa.
Namun apabila datang satu suara membawa berita sebenar tentang satu peristiwa maka sipembawa berita itu pula dicerca tanpa diusul periksa berita yang dibawanya.
Hingga wakil Sang Penguasa itupun turut berdusta. Walhal sebelum ini dialah yang menulis pra-kata buku tentang perjuangan Mat Indera seperti yang ditunjukkan oleh sipembawa berita sebelumnya.
Inilah dia dasar Sang Penguasa. Lidah bercabang dua. Asal boleh sahaja biarpun tindakannya seperti menepuk air di dulang lagaknya.
Tetapi malangnya rakyat Melayu terus buta hati. Kebenaran dilihat sebagai batil dan batil dilihat sebagai kebenaran demi menjaga perut dan anak bini. Sampai bila rakyat Melayu harus begini berdiam diri dan pucat lesi apabila lidah Sang Penguasa terjelir durja mahu memadam sejarah bangsa sendiri?

ainurjah said...

Sebelum merdeka orang Melayu bangun menentang penjajah sama ada Portugis, Belanda atau Inggeris. Selepas merdeka, marilah kita bangun menentang 'warisan' penjajah pula. Apa maknanya kemerdekaan jika minda dan hati kita masih dijajah. Agaknya, sudah sampai masanya kita orang-orang Melayu mengubah sikap dan persepsi kita terhadap Sang Penguasa @ Warisan Penjajah yang telah alpa tentang tanggungjawab mereka dalam merealisasikan pesan 'Hang Tuah, "Tidak Melayu Hilang Di Dunia" yang keramat itu. Kalau kita masih mengambil sikap tidak mahu berubah, maka janji Tuhan pasti benar (Ar Ra'd: 11)