Friday, September 2, 2011

Lagi tragedi kita: Sejarah - mangsa terbaru

Sejarah yang dibaruakan
(Apabila segala peristiwa menjadi betul kerana Umno mengatakan ia betul) 


(Apabila Mat Sabu berani bangkit untuk mengumumkan,  secara terbuka pula, versi dan tafsiran barunya bahawa Muhammad Indera yang menyerang Bukit Kepong itu sebenarnya pahlawan yang menentang pihak British, maka Umno pun berpendapat ini adalah lauk politiknya yang terbaru.  Umno yakin bahawa parti itu kini mendapat lauk politik yang amat sedap lagi melazatkan.  Ia sedap kerana cerita Bukit Kepong versinya Muhammad Indra itu tidak pernah dijelaskan.  Ia telah digelapkan oleh penjajah British dan dijaja semula oleh Umno selama ini.  Dan apabila Mat Sabu berani mengatakan ‘hitam’nya versi Umno itu sebenarnya ‘putih’ maka Mat Sabu telah menjadi sejarah kerana keberaniannya telah membungkus semula ─ rebrand sejarah.

Ya, Mat Sabu telah ─ secara terbuka ─ memberikan makna baru sejarah. Sejarah yang tidak rela  membarua dan dibaruakan.)

2.0

Tarikh peristiwa serangan Bukit Kepong ialah 23 Februari 1950.  Tatkala itu Malaya masih lagi dalam cengkaman penjajah British.  Sebelum peristiwa itu,  Malaya telah dijajah oleh Jepun yang mengusir keluar tentera British.  Itu adalah di antara peristiwa penting Perang Dunia Kedua: British kalah di tangan askar-askar Jepun. 

Kekalahan British ini membuktikan bahawa tidak mustahil British, sebuah empayar besar Barat, dikalahkan oleh orang-orang Asia.  British yang diusir keluar dari Malaya dalam Perang Dunia Kedua, adalah di antara pemangkin yang telah menyemarakkan semangat rakyat Malaya mahu bebas daripada cengkaman penjajahan.


3.
Marilah kita teliti peristiwa Memali, di Baling Kedah.  Berikut ialah sumber yang kita petik dari Wikipedia:
Sumber:  http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Memali_1985 

“Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'.

Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China.
Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling pada tahun 1979. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah ditumpaskan terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.

Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Pulau Pinang), Pasukan Senoi Praaq, anggota polis beruniform, Unit Tindakan Khas (UTK Berpakaian Komando 69) dari Bukit Aman menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman.
Malam itu Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam . Penduduk seramai 50 orang hadir. Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis Daerah.

Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.

Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu. Komunis sentiasa mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.”

Di bahagian yang lain, kita perolehi paragraf-paragraf berikut:

“Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Dianggarkan seramai 13 penduduk Memali terbunuh dalam serbuan tersebut termasuk Ibrahim Libya. 

Menurut sumber, beliau ditembak berpuluh kali di dadanya oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK), dan sempat mengucapkan kalimah syahadah dipangkuan seorang pegawai kanan polis yang memangkunya sebelum beliau meninggal dunia. Jenazah Ibrahim serta pengikutnya dikebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai para syuhada. 

Darah dan peluh mereka dikatakan masih basah walaupun sudah berhari-hari di bilik mayat. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.

Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid.  

Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan disingkirkan daripada menganggotai badan fatwa berkenaan. [perlu rujukan]”


4. Apakah yang boleh kita pelajari daripada peristiwa-peristiwa seperti  di atas?

Bagi Umno,  peristiwa Bukit Kepong versinya Sang Penguasa (ketika itu, British) tepat dan tak boleh diragu-ragukan lagi.  Malaya ketika itu masih sebuah tanah jajahan British bermati-matian menentang sebarang gerakan untuk menghalaunya.  Dan bagi Umno,  versi tuan Britishnya ini tepat. 

Begitu jugalah dengan pertiwa berdarah Memali ─ versinya Umno itu betul.  Arwah Ibrahim Libya yang ditembak mati didakwa mengajar ajaran sesat. 

Mengikut hujahnya Sang Penguasa, Umno mantan pegawai Kerajaan bernama Ibrahim Libya yang pernah bertugas dengan institusi agama di bawah pengaruh Sang Penguasa sendiri (ketika itu dan juga sekarang ini, Umno) adalah seorang yang terpesong.  Dia terpesong kerana bertekad untuk menentang Umno.


5.

Ya, apakah yang MESTI rakyat jelata MESTI terima?

Katakan ada satu Persitiwa A ─ Peristiwa yang disanggah oleh rakyat jelata.  Ya, orang ramai orang yakin bahawa versi rasminya Sang Penguasa itu adalah putar dan belit.  Versinya Sang Penguasa itu cukup bertentangan dengan hakikat yang sebenarnya.  Contoh yang paling dekat ialah Besih 2.0.  Orang ramai yang bermaklumat dan berlapang dada,  tahu Sang Penguasa berbohong. 

Namun Sang Penguasa tidak mempedulikan semua itu mungkin kerana ia yakin bahawa dialah yang BERKUASA?  Lalu dicanang dan disahkanlah bahawa versinya tepat. 

Oleh sebab versinya Sang Penguasa itu disahkan BETUL, maka Persitiwa A pun menjadi betul.

Dan oleh sebab peristiwa A versi Sang Penguasa itu betul, maka versi-versi yang lainnya, tentulah TIDAK betul.  


6.0

Bolehkah Memali yang berdarah, peristiwa Bukit Kepong dan Bersih 2.0 versi Sang Penguasa itu menjadi betul,  semata-mata kerana Sang Penguasa (baca: United Malay National Organisation) berkata bahawa dia betul?



4 comments:

ainurjah said...

Yang benar tetap benar. Biar beribu tahun pun dia tetap akan muncul juga sekiranya ia benar. Justeru, usah risau memperkatakan kebenaran walaupun pahit dan sakit.

Anonymous said...

Duit tabung Mamali di kebas pu adalah suatu kebenaran juga.

Anonymous said...

Satu-satunya cara nak hentikan segala pembohongan ialah dengan mewujudkan institusi media yang dibiaya oleh rakyat sprt di Jepun. Berita yang tidak berdasarkan fakta akan ditolak. Sudah sampai masanya rakyat menghentikan segala penipuan media.

Anonymous said...

Satu-satunya cara nak memastikan segala versi yang benar adalah dengan mewujudkan institusi bebas yang dianggotai oleh rakyat yang bersifat neutral tidak berpihak pada mana2 parti politik !