Tuesday, September 20, 2011

PEMANSUHAN UNDANG-UNDANG ZALIM BUKAN UNTUK MENGUKIR NAMA

Kenyataan Media TERAS
20hb September 2011

PEMANSUHAN UNDANG-UNDANG ZALIM BUKAN UNTUK MENGUKIR NAMA

TERAS menegaskan bahawa pemansuhan undang-undang yang zalim tidak harus dikaitkan dengan mengungkitkan siapa yang menjadi juara kepada isu ini.

Perdana Menteri yang mewakili kerajaan juga bagi pendapat TERAS tidak perlu mendakwa bahawa keputusan itu adalah dari inisiatif kerajaan semata-mata, bukan dari mana-mana desakan pihak yang lain.
Pelbagai kelompok yang selama ini telah mengembleng tenaga untuk mendesak ISA di hapuskan tidak harus dinafikan. Malah perhimpunan dan demonstrasi untuk  meminta tahanan ISA dibebaskan atau dibicara ternyata tidak diendah oleh kerajaan.

Persoalan yang lebih penting ialah memahami bahawa mana-mana undang-undang yang menzalimi hak seseorang individu atau kumpulan sudah semestinya dimansuhkan. 

Malah undang-undang itu sepatutnya dari awal lagi tidak harus diujudkan tatkala salahguna kuasa yang berkiatan dengan penguatkuasanya kerapkali disalhgunakan.

Adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaanlah yang sepatutnya memastikan tidak ada undang-undang yang menindas rakyat.

Jadi ,semada kerajaan yang sedia ada atau kerajaan yang lain , soal memansuhkan undang-undang zalim seperti ISA semestinya adalah tanggungjawab kerajaan. Pokoknya ia tidak perlu menunggu desakan dari rakyat.

TERAS memberi perhatin serius bila PM mengumumkan akan ada dua undang-undang baru yang akan diujudkan bagi mengganti ISA . Untuk hal ini MAPIM mengesa pihak kerajaan tidak terperangkap dengan sindrom yang sama apabila undang-undang ISA yang dimansuh hanya bertukar nama semata.

ISA bentuk baru akan hanya menghilangkan keyakinan rakyat kepada kerajaan yang akan dianggap hipokrit.

Dakwaan transformasi politik sedang dilakukan hanya akan terbukti jika keseluruhan sistem politik ini dirombak.  Ini termasuk antaranya soal reformasi dalam sistem parlimen yang sudah lapuk, tarikh pilihanraya yang seharusnya ditentukan bersama dengan parti pembangkang , peluang samarata dalam penggunaan media awam untuk semua parti politik yang bertanding , syarat laragan tidak membenarkan penggunaan premis pendidikanuntuk berkempen oleh mana-mana parti politik, menguatkuasakan peraturan penggunaan perbelanjaan kempen mengikut had yang dibenarkan.

TERAS berpendapat jika transformasi politik hendaklah dilakukan dengan bersungguh maka segala diskriminasi politik seperti yang berlaku sekarang hendaklah dihentikan dan amalan federalisme yang sebenar nya diaksanakan.

Transformasi politik hanya akan menjadi retorik kosong bila masih wujud ISA yang telah dikuatkuasakan selama ini sering telah disalahgunakan atas alasan keselamatan awam sebagai sebab untuk menahan individu tanpa bicara. 

Selama ISA ujud ada sahaja kelompok yang diugut dengan peruntukan yang ada walaupun tidak ada bukti jelas . 

Bila Dr Mahathir mengatakan ISA tidak terlalu kejam , beliau seolah-olah menghina dan memperkecilkan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga mereka yang ditahan. Apakah menahan seseorang tanpa bukti yang jelas terutama hanya kerana menggugat kepentingan politik BN itu bukan suatu penganiyaan yang zalim?

Alasan beliau bahawa kali ini Malaysia boleh menegur negara lain seperti Amerika Syarikat kerana menahan orang Islam tanpa bukti di Teluk Guantanamao bukanlah alasan yang kukuh kenapa ISA perlu dimansuhkan. Kuasa besar seperti Amerika memang selama ini adalah sebuah negara fasis yang melanggar banyak hak asasi manusia hanya bila kepentingannya tergugat.

Tanpa membuat perbandingan seperti itu pun ISA yang zalim tidak harus wujud.

Persoalan sekarang ini penahanan ISA yang selama ini dilakukan, adakah hanya suatu tindakan berwewenang tanpa memikirkan kesan keatas kehidupan mereka dan keluarga mereka.

Kata-kata ISA "tidak terlalu zalim" yang digunakan oleh Dr Mahathir adalah sangat tidak wajar kerana suatu kezaliman itu tetap zalim tidak kira bagaimanapun statusnya.

TERAS mengesa pihak kerajaan perlu menimbangkan perkara berikut ketika menggubal undang-undang baru:

1. Perbahasan yang terperinci hendaklah dilakukan dengan semua pihak untuk mempertimbangkan semua pendangan dari publik.

2. Semua bekas tahanan ISA yang jelas tidak melakukan kesalahan hendaklah dibayar pampasan.

3. Kuasa mutlak untuk menahan seseorang atas nama keslematan awam oleh Menteri Dalam Negeri hendaklah dimansuhkan.

4.Prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah hendaklah dipertahankan dalam sebarang undang-undang.

5. Saranan SUHAKAM dari semua jenis aduan yang diterima berkaitan dengan pelanggaran hak asasi manusia oleh mana-mana pihak berkuasa perlu diambilkira dengan bersungguh. 
..
6.AUKU hendaklah dimansuhkan . 


Mohd Azmi Abdul Hamid 
Presiden TERAS


No comments: