Sunday, September 18, 2011

Kasihan senohong

Siakap senohong
Sumber: http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=19497:5-things-that-could-happen-if-bn-loses-the-next-general-election&Itemid=2
Saturday, 17 September 2011 10:25 posted by kucingkurapan 

UMNO/BN will manipulate the coming election for them to win. They have several more cards to discredit the PR learders just days before the polling starts. This effective move happened when Ku Li being the opposition was sure to win or give a big blow to Mahathir, when scenes of Ku Li wearing the Christian Kadazan heargear dancing sumazau being aired for the Malay Muslims to see. 

We all know what happened then and now. UMNO/BN will do so many things within their means. Sabotaging, hijacking, kidnapping, threatening have all been done before. The worst case scenario will be the declaration of an emergency by creating some scenario. This is also plausible. So as long as when regimes have been in power too long, any means to stay in power have all been used all over the world. I hope I am wrong but we should just brace ourself and not caught by surprise. Think of the unthinkable, that may also happen.

2.

Petikan di atas ialah salah satu contoh kebimbangan pembaca tentang apa yang bakal berlaku sekiranya Umno/BN kalah dalam pilihan raya yang akan datang.  Tajuk beritanya  5 things that could happen if BN loses the next general election tulisan Jason Yabro, Malaysia Chronicle.

Ya, lima perkara yang bakal terjadi sekiranya Umno/BN kalah dalam pilihan raya yang akan datang.

3.

Ramai ragu-ragu, was-was dengan apa yang mereka lihat, dengar dan ‘baca’. 

Ramai yang curiga dengan segala janji yang ditaburkan di merata tempat.   

Ramai mengejek segala siri kempen di tv (milik kerajaan)  yang digunakan oleh SATU parti politik saja itu. 

Ramai yang menyampah melihat Kutty, rasminya pencen ─ tapi tidak pernah-pernah pencen. 

Ya, ramai yakin agendanya adalah menobatkan zuriat ke atas takhta.  Jawatan itu harta pusaka yang boleh dipusakai.


4.

Setelah kita ‘merdeka’ tapi ‘tidak pernah dijajah’ (jenis kepala otak apa punya belit?  Kata orang-orang Pas, dijeknya kereta untuk menggantikan tayar yang kempis/pecah sehinggakan terbalik dan tunggang langgang kereta jadinya. Alahai,  Sang Profesor!)

Ertinya, ramai yang sudah tidak percaya lagi segala yang dicakapkan.  Inilah tragedi kita apabila membiarkan para pembohong dan segala pembohongan mereka yang bertahun-tahun itu menjadi teras pemerintahan dan kepimpinan negara.

Siakap, senohong, gelama, ikan duri
Cakap bohong lama-lama jadi Menteri.

(Mohon bantuan, sajak Usman yang manakah yang pernah dipetik oleh mantan seorang pentadbir universiti, IPTA kita sehinggkan dia dipecat kemudiannya?)

Sepatah kata Pak Shukur Harun, sasterawan dan budayawan yang menjadi salah satu tunggak Paksi,  negara ini  mestilah berjuang bersungguh-sungguh supaya politik negara kita menjadi lebih manusiawi.   

Alangkah tepatnya seruan sasterawan-budayawan-aktivis ini!

      

No comments: