Tuesday, October 25, 2011

Himpun: Taktik lama diperbaharui

Himpun: Pengubat luka bernanah Bersih 2.0


PM tampil di depan khalayak, menyatakan bahawa Himpun itu jauh lebih bagus daripada Bersih 2.0.  Bagi kita komen ini menjadi semacam peringatan.  Ya, kita seolah-olah mahu diperingatkan kembali kisah penemu harta qarun dengan lobang berlabelkan: “DI SINI TAK ADA HARTA!”

Benarlah sepertimana yang ditelah ramai sahabat, termasuk Pak Shukur Harun, Himpun itu tak lain tak bukan sebuah lagi projek untuk menggiring orang-orang Melayu supaya kembali ke kandang Umno. 

Itu jugalah pesan dan peringatan kita kepada kawan-kawan:  Hati-hatilah apabila musang menawarkan diri sebagai sukarelawan penjaga reban.


2.

Ada satu lagi aspek menarik yang dapat kita baca daripada reaksi PM ini.  Bahawa luka Sang Penguasa akibat pertempuran terbukanya dengan rakyat dalam episod Bersih 2.0 itu terus- terusan bernanah.  Luka berkudis itu terus meroyak di dalam diri.  Dan proses mengubat luka dalaman ini mestilah diteruskan.   

Dan ini termasuklah kerja melelong himpunan versi baru.  Bagi kita proses mahu mengabsahkan tindakan itu semakin kelihatan seakan-akan taik@tahi sembelit yang amat degil.  Saking degilnya hinggakan menderakan ‘lobang keramat.’  Makanya setiap kali dianya ke jamban, dia dan dianya meraung-raung, “Bersih tidaklah bersih!”

Malangnya, rakyat tidak hingin lagi mendengar raungan-raungan ─ seumpama itu.


No comments: