Monday, October 10, 2011

Lagi modal pecah dan perintah

Sumber: Harakahdaily


“Hudud: DHPP Perak teguh di belakang PAS
Muhammad Faeez

IPOH, 10 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Perak yang mempunyai ahli paling ramai di Malaysia berdiri teguh di belakang pimpinan PAS Pusat dalam isu hudud.

Ketuanya, Beh Heng Khim berkata, DHPP Perak menyokong penuh jika hudud dilaksanakan khususnya di Negeri Kelantan.

"Tidak ada sebab kami menolak Hukum hudud," katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak.

Beliau berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu takut kepada hukum itu kerana ia lebih baik daripada hukuman yang sedia ada.”


2.

Mari kita perhatikan satu lagi versi.  Versinya SIS, Sisters in Islam.  Kita petik frasa-frasa kunci(1) kenapa mereka berpendapat bahawa hudud itu jelas tidak dibolehkan di negara ini.  Kalau tidak salah,  salah satu sebab utamanya ialah: “We are Malaysians”

Apa pun terdapat empat hujah utama kenapa SIS berpendapat bahawa mereka TIDAK boleh menerima hudud.  Empat sebab itu ialah:

i) Hudud bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

ii) Hudud membezakan@mendiskriminasi antara lelaki dan perempuan

iii) Hudud mengenakan hukuman yang paling berat tanpa ruang untuk bertaubat dan bereformasi (?)

iv) Hudud membezakan@mendiskriminasi berdasarkan agama.


3.

Melihat senario yang berlaku sekarang ─ misalnya sikapnya DHPP dan SIS sepertimana yang dipaparkan di atas,  melihat sikap (politiknya?)  pemimpin besarnya UMNO yang sedia ada terhadap hukum hudud, melihat sikap dan pendirian (politik?) mantan pemimpin besar UMNO, kita pun tertanya-tanya:

Apakah benar gambaran dan kata-katanya ─ inferencenya UMNO selama ini, bahawa UMNO-Melayu-Islam itulah UMNO miliknya UMNO?  

Apakah makna sebenar cakap-cakap UMNO selama ini  yang kelihatan begitu ghairah sekali mahu mendakap eksklusiviti Islam untuk orang-orang Melayu itu? 

Ya, apakah benar Islam itu hak milik ekslusifnya orang-orang Melayu itu? 

Apakah makna,  sebenarnya?

Lalu dalam senario sekarang ini, APAKAH  yang jelas kelihatan? 

Siapakah yang paling perlu untuk dididik, dicerahkan, ditarbiah ‘tanggapan’nya dalam hal ehwal mengenali tasawwur@wajah Islam itu?

Apakah yang telah Umno dan segala dan seluruh aparat agamanya dan segala para muftinya lakukan dalam hal-hal tarbiah menarbiah ini? 

Ya, sejak menjadi Sang Penguasa mutlak itu mulai tahun 1957 lagi, apakah kerja Umno dalam konteks tarbiah menarbiah ini?

Atau apakah kefahaman agama ini tidak perlukan sebarang tarbiah lagi kerana Islam itu hak ekslusifnya orang-orang Melayu dan SEMUA Melayu, seperti UMNO faham apa itu Islam? 

4.

Makanya kita pun teringat:

Muhammad Abdullah, SAW/pbuh tidak pernah menyatakan bahawa Islam itu milik ekslusifnya kaum Quraish Mekah saja.

Baginda sangat jelas dalam hal-hal begini.

Oleh itu janganlah terkejut jika satu masa nanti yang paling warak agama Islamnya di negara ini bukan lagi orang-orang Melayu. 

Tatkala sampai waktu itu,  akan lebih mudahlah bagi yang bukan Melayu memimpin pucuk pimpinan negara ini.

Kita doakan agar masa itu segera tiba. Kita sudah jelak dengan Melayu yang kerjanya menjual Islamnya. 


____________________________________________________________________

(1) Dari laman webnya Sisters in Islam:

Pertama:

That it is against the Federal constitution
(The Hudud law is unconstitutional on several grounds) 

Kedua:

That it discriminates against women

(The burden of proof for rape under the Hudud law is on women)

Ketiga:

That it provides for maximum punishment without room for repentance and reform

(The Hudud enactments of Kelantan and Terengganu violate human rights principles and the principles of justice and equality in Islam. It provides for punishments that are deemed ‘cruel, inhuman and degrading’)


Keempat:

That it discriminates on the basis of religion

(A Muslim convicted of theft would have his hand amputated while a non-Muslim convicted of the same offence would only be punished with imprisonment)


Ratna Osman
Executive Director SIS Forum (Malaysia)

Sisters in Islam - SIS Forum (Malaysia)
No 7, Jalan 6/10,
46000 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.
Tel.: (603) 7785 6121, 7784 2733
Fax: (603) 7785 8737
Website: www.sistersinislam.org.my
"Empowering Voices for Change"



No comments: