Lain padang lain belalang
Ada seorang mantan Menteri Kabinet negara Kira-kiraUmnolahYangPunya (KULP) sedang memberikan siri syarahan kepada pegawai-pegawai awam kumpulan A. Mantan itu sedang bercakap tentang keunikan, kehebatan dan keluarbiasaan negara ini.
Syarahnya kira-kira begini:
Mantan Menteri: Tuan-tuan semuanya berkelulusan, ada ilmu, berpengalaman dan pandai-pandai belaka. Bila berhenti kerja kerajaan lalu balik ke kampung. Katakanlah tuan-tuan teringat nak bertanding ketua Cawangan atau Bahagian di kawasan tuan-tuan. Jangan mimpilah tuan-tuan boleh menang. Sebabnya mudah saja. Sekarang ini yang pegang jawatan tak ada kelulusan, tak secerdik dan seberpengalaman macam tuan-tuan.
Tuan-tuan ingat pemimpin-pemimpin yang ada sekarang ni nak biar orang yang lebih cerdik menjadi ketuanya?
(Ada seorang professoree, marah-marah apabila tak menang (bukan kalah, cuma belum menang) bertanding jawatan ketua cawangan di Melaka. Kata sang profesoree ini, “Bodohnya orang-orang ini. Tak memilih orang-orang yang cerdik menjadi ketuanya...Sanad cerita ini termasuklah Sdr Hasni Abas. Terima kasih sdr.)
2.
Dalam sesi syarah petangnya, mantan Menteri itu bersyarah lagi:
Mantan Menteri: Kita memang cukup unik. Di India dua buah keretapi bertembung, ramai yang maut. Menteri keretapinya meletak jawatan. Di Jerman sebuah keretapi laju tergelincir, dua orang penumpangnya telah maut. Menteri pengangkutannya meletakkan jawatannya. Di Utara KULP, sebuah keretapi melanggar bas di laluan tidak berget/berpintu. Tuan-tuan tahu apa yang terjadi?
Si tukang angkat benderanya dipecat!
Tuan-tuan masih ragu-ragu dan tidak percaya bahawa sesungguhnya kita amat unik?
3.
Dalam syarah sesi malamnya, mantan menteri kabinet itu berpesan lagi, “Simpanlah remos dan bauk macam bos aku. Lebih afdhal belajarlah ilmu gelembong. Lain besar gelembongnya lagi baik... Itu yang terbaik dalam politik.”
Wahai anak-anak muda, bangkitlah. Banyak yang mesti anak-anak luruskan.
No comments:
Post a Comment