Saturday, October 15, 2011

PM meluruskan kepala taiknya

Rakaman Shit dan Merahnya Merah

Iwan Simatupang Merahnya Merah P.T. Gunung Agung – Djakarta 1968, memulakan novelnya begini:

“SEBELUM REVOLUSI, dia tjalon rahib.  Selepas revolusi,  dia komandan kompi. Diachir revolusi, dia algodjo pemantjung kepala pengchianat2 tertangkap.  Sesudah revolusi, dia masuk rumah sakit djiwa.”

Dalam ejaan sekarang, teks menjadi begini:

 “SEBELUM REVOLUSI, dia calon rahib.  Selepas revolusi,  dia komandan kompi. Di akhir revolusi, dia algojo pemancung kepala pengkhianat-pengkhianat tertangkap.  Sesudah revolusi, dia masuk rumah sakit djiwa.”

Kata para pengamat sastera Iwan sentiasa saja ada copnya yang tersendiri.  Apakah ini juga salah satu daripada copnya Iwan?

2.

Semasa tinggal bersama keluarga al-marhum Haji Saebani, di Sentul 6 (enam),  di sebuah rumah yang tidak begitu jauh dari pasar dan penjara, Jogjakarta awal tahun-tahun 70an, pejuang kemerdekaan ini tidak pernah berhenti bercerita dan bercerita, berulang-ulang kali, betapa revolusi yang memakan begitu banyak sekali korban itu telah dipersia-siakan oleh Sang Penguasa yang lupa kepada nilai dan makna,  darah dan air mata revolusi rakyat itu. 

Bagi al-marhum pejuang bambu runcing ini, jasa para pejuang dilupakan begitu saja kerana kerakusan manusia-manusia yang menggantikan penjajah.


3.

Hari ini, di sini kita masih jua meraba-raba bagaimana mau mengisi kemerdekaan itu. (Tapi, kenapakah ‘merdeka’ jika sekiranya kita sekadar ‘dinaungi’?  Betapa lawaknya,  Pak-Pak lawak ini!)    

Kata media siber, ahli-ahli parlimen kita masih mencari-cari Laporan Audit untuk digunakan dalam perbahasan Parlimen.  Kata berita itu lagi, laporan  itu telah mengDavid-Copperfieldkan dirinya.  

Dan kita masih lagi belum hilang takjub melihat  pendedahan demi pendedahan betapa seluruh jejak birokrasi pilihan raya kita keletihan mengheret beban-beban penipuannya.

Kita masih jua gencar berdebat tentang ‘bahasa Inggeris itu penting demi kemajuan itu’.

Kita masih lagi membaca komen profesor ‘juling’ tatkala menulis perihal media siber yang kurang beradab tapi tak pernah bersuara tentang video lucah dan bahasa-bahasa  lucah oleh Sang Penguasa dalam ikhtiarnya mau memadamkan kerjaya musuh politiknya.

   
4.

“PM bertenang dalam iklim idila dengan kebusukannya.  Dia tidak bimbang apa-apa lagi selain terus membusuki dirinya dan terus membusukkan para anggotanya dan siapa saja yang dahagakan kebusukan.  Tak ada detakan atau bayangan yang mencurigainya.  Tak ada lagi bayangan yang bakal menentangnya.  Yang ada hanya kebusukan dan anggukan. PM meluruskan kepala taiknya.”

Begitulah pengamatan Shahnon Ahmad, dalam Shit  Pustaka Reka, Kota Bharu, Kelantan, 1999.


5.

Ternyata hanyir dan kebusukannya itu masih lagi pekat membelit kita.



 

No comments: