Friday, November 4, 2011

Belajar dari kitab sejarah

Rahsia dan ‘berkata benar’


“Di Malaya sendiri, apabila tersiar berita tentang pemecatan itu, Kaum Ibu UMNO menjadi gempar dan marah.  Mereka juga keluarkan kenyataan dalam akhbar. “Kalau kaum bapa dan pemuda UMNO Cawangan Johor berpakat memecat Che Khatijah, kami semua akan keluar daripada UMNO.”  Alasan mereka memecat saya ialah saya telah membocorkan rahsia parti di Perhimpunan Agung UMNO. “ Rahsia yang telah saya bocorkan ialah saya telah meminta Tunku melantik saya sebagai pegawai penerangan bagi Kaum Ibu UMNO, tapi ini ditentang oleh Syed Jaafar Albar (kemudian menjadi Menteri Muda Penerangan) yang berkata: “Tak perlu seorang wanita.”  Itulah yang dikatakan rahsia besar itu, dan saya sebutkannya dalam ucapan saya di perhimpunan agung.  Itu saja alasan yang dapat mereka cari dan mereka gunakan alasan itu untuk memecat saya.”

Sementara itu di halaman 152, Khatijah menulis, “ Seorang ahli Kaum Ibu UMNO dari Pulau Pinang menulis dalam Warta Negara: “Apabila kami menyatakan kebenaran, orang menganggapnya salah.  Dunia ini nak jadi apa kalau tak boleh menyatakan yang benar?”


Khatijah Sidek,  Memoir Khatijah Sidek – Puteri Kesateria Bangsa, Penerbit UKM, UKM Press, 1995.  halaman 151
 

2.

“Mereka begitu takut kepada saya kerana saya mengetahui banyak rahsia mereka.  Saya tahu bagaimana berbilion-bilion wang UMNO dicuri untuk kepentingan beberapa orang tertentu.  Saya mengetahui berapa banyak wang ─ satu bilion pada Oktober (1997?) ─ mereka bawa ke luar negara untuk dimasukkan ke dalam bank di sekitar Zurich.  Saya melaporkannya kepada Dr. Mahathir, dengan anggapan saya mempercayainya sebagai pemimpin.  Sebaliknya, dia menyembunyikan maklumat itu untuk dirinya sendiri.  Jadi saya membuat kesimpulan bahawa terdapat pakatan sulit antara Mahathir dengan beberapa orang yang terkenal.  Saya mengetahui berapa banyak projek yang digunakan bagi kepentingan beberapa orang rakan dan ahli keluarganya.  Mereka takut kerana saya memiliki semua maklumat ini.13  

John Hiley, Malaysia: Mahathirisme, Hegemoni dan Pembangkang Baru, Penterjemah PTS Publications, Intitut Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 2009
(Halaman 171)

13  Diambil daripada transkrip ucapan Anwar di http://memberss.tripod.com/~ Anwar Ibrahim/main.htm>

3.

Kedua-dua peristiwa di atas, ada kaitannya dengan batang tubuhnya UMNO,  parti yang ─ katanya ─ membela orang-orang Melayu.

Peritiwa pertama berlaku dalam tahun 1954 (?),  sementara yang kedua sekitar 1998 dan kedua-duanya melibatkan watak-watak yang ‘menyusahkan’ UMNO.

Dan peritiwanya berkait-rapat perihal ‘rahsia’ dan ‘berkata benar.’

Mungkin buat kita sekarang yang penting ialah: Apakah pengajaran yang telah kita pelajari dari khazanah rumah sejarah kita itu?

Lalu apakah usaha kita, secara kolektif,  agar peristiwa-peristiwa seperti ini tidak berulang lagi?


No comments: