Saturday, November 5, 2011

Berpilih-pilih dan eksklusif

Pertama sekali marilah kita main takrif-takrifan, bermain definisi:

Inilah senarai definisinya:

i) Algoritma

Apakah bendanya itu?  Carta aliran yang menunjukkan senarai tindakan sesuatu proses itu dinamakan algoritma.  Contohnya, proses membuat cucur kodok pisang; mulai dari mendapatkan bahan-bahan mentahnya sehinggalah cucur kodok pisangnya siap untuk dikunyah.

ii) Algoritma politik

Carta aliran yang menunjukkan senarai tindakan sesuatu proses politik.

iii) Algoritma politik UMNO/BN

Carta aliran yang menunjukkan senarai tindakan Umno, tulang belakang Sang Penguasa itu.


2.

Ya, apakah itu ‘Algoritma politik UMNO/BN’?  Ada beberapa petunjuk menarik yang boleh kita jadikan patokan (Kamus Dewan edisi ke empat, halaman 149: Jw kayu pancang, tonggak.  Perhatikan bahawa ini tak sama dengan ‘patuk’nya ular itu):

a) Adakah tindakannya berpilih-pilih, selektif (selective) dan juga eksklusif?  Maksudnya begini:

Jika Umno dibolehkan@dibenarkan melakukan sesuatu, belum tentu tindakan yang sama dibenarkan kepada pihak lain,  khususnya Oposisi.  Adakah contohnya?  Memijak kepala lembu di perkarangan SUK.  Itu ekslusif.     

b) Adakah sub-kontraktornya juga turun ke padang?  Adakah yang bersongkok tinggi ─ setinggi menara berkembar itu juga ikut serta?  Adakah yang bersongkok setinggi menara berkembar itu diapit watak-watak berkaca mata hitam dan berada di depan segelintir demonstran, misalnya?  Itu juga petunjuk terbaik tentang ekslusiviti dan kalis tindakan.

c) Adakah program ini mesra Aparat?   Adakah trak-trak merah, topi-topi merah hadir dengan banyaknya?  Bandingkan Bersih 2.0 dan Himpun.

d) Adakah pelbagai media itu menjadi histeris?  TV misalnya memaparkan klip videonya sejam sekali sehingga kucing bisu di dapur pun sudah tau bila klipnya akan muncul lagi.   


3.

Apakah pula pandangan tuan tentang isu mutakhir ini? 

Ya, perihal adab, sopan dan santun dalam memelihara alat kelamin yang sulit dan segala amal lahir-batin yang sulit-sulit yang berkaitan dengannya itu? 

Ya, perihal peralatan yang biasanya ditutup rapat oleh orang-orang Melayu tapi DEMI KUASA telah dirobek-robek licau dalam tahun 1998 itu?

Ya, hari ini perihal gay, lesbian dll yang sekelas dengannya yang dikaitkan dengan hak asasi manusia, kemodenan dan agama itu?

Adakah ini juga termasuk ─ dan telah lulus ujian ‘Algoritma politik UMNO/BN’ yang tersohor itu?



No comments: