Sunday, November 6, 2011

Sang Penguasa meminta nyawa

Minta nyawa dengan isu-isu agama


Pagi kelmarin, seorang teman telah mengirimkan sms berikut:


“Good morning.  For once I think the government has made a sensible decision on the soft launching of abolishing PPSMI. It would be very unfair to force the students under the PPSMI to change to a new system immediately.  Just think what happen to those present form 3, 4 and 5 students if they are forced to make the change immediately.  I am disappointed with the statements made by PAS, PKR and DAP.  They have opposed the government by quoting different reasons.  It let people feel that they have not made any effort to have a common stand on this issue.  It is a pity if Pakatan end up losing votes on this.”      


2.

Senarai gangguan yang sengaja dilontarkan dalam gelanggang Pakatan Rakyat ternyata  cukup banyak.  Dalam siri ini termasuklah Hudud, Himpun, PPSMI dan mutakhir homoseksual. (Sila baca Lim Hong Siang, MerdekaReview dalam artikelnya bertajuk “Dari isu Hudud ke Homoseksual: Pakatan Rakyat mula terperangkap” di dalam Detikdaily”)

Apakah ciri-ciri serangannya dan apakah pengajaran yang boleh dipelajari untuk tindakan masa depan?

i) Semuanya menjurus kepada serangan balas.  Ertinya Pakatan Rakyat perlu menjelaskan atau setidak-tidaknya memberikan reaksinya terhadap isu-isu yang dibangkitkan itu.

ii) Dan setidak-tidaknya Pakatan Rakyat telah digambarkan sebagai kelompok yang berpecah belah dan bercakaran sama sendiri dalam isu-isu ini. 

Apakah ini bermakna bahawa Sang pencipta dengan isu-isu ini,  telah berjaya?

iii) Semua, kecuali PPSMI, isu-isunya tertumpu kepada persoalan agama (akidah dan arahan agama)

iv) Pihak yang mendapat keuntungan paling besar, lebih-lebih dalam isu ‘seks pelik-pelik’  ialah Sang Penguasa itu walaupun keprihatinannya dalam hal-hal agama Islam seperti ini hanyalah sekadar lakonan. Hanya rakyat yang tak berfikir atau yang berkepentingan saja melihat bahawa Sang Penguasa adalah kelompok yang pedulikan agama rakyatnya.

v)  Dalam isu HIMPUN,  Sang Penguasa tidak berjaya sepertimana yang diharap-harapkannya.  Syukur tak ada ‘orang itu’ dalam PAS yang dipecat.  Kalau tidak, setiap jam orang itu bakal dijadikan Sang Juara Islam yang telah didera oleh PAS.

vi) Dalam semua kes di atas, Sang Penguasa sempat menarik nafas; strategi minta nyawanya ternyata berkesan.  Sementara Pakatan Rakyat pula terpaksa bertahan.  Apakah ini strategi yang betul dan berkesan? 

Di ambang PRU 13 ini, besar kemungkinannya ada lagi isu-isu agama dan bangsa yang bakal dikitar semula.  Jurulatih Pakatan Rakyat sebaik-baiknya waspada dengan tatktik dan strategi serangan balas ini. 



1 comment:

Anonymous said...

Baru baca daripada surat khabar " Sing Chew " hari ini ( 6 Nov. ) bahawa Anwar berkata Pakatan Rakyat akan berbincang dan mengeluarkan kenyataan tentang isu PPSMI dalam minggu depan.

Sementara waktu ini , Chua Soi Lek telah menegur DAP yang berubah-ubah pendirian dalam isu PPSMI.
Ada amat jelaslah bahawa
MCA berharap mereka akan dapat tarik undi dari DAP gunakan isu PPSMI ini.

Pakatan Rakyat akan hilang undi sekiranya mereka terus bertindak secara re-aktif. Mereka perlulah lebih pro-aktif !!!!