Teori pandang ke lain
(aka teori sarjan intan terpilih aka teori anjakan kepala)
Jika ada satu penyesalan dalam hidupku ini, aku terkilan dan sedikit menyesal kerana tidak mencapai taraf sarjana. Ertinya dalam diri ini belum lagi tercapai makam kesarjanaan itu. Aku masih jauh di bawah, sangat jauh dari takahnya sarjana.
Muin berhenti meraba dan menekan kekunci. Dia bangun untuk membancuh kopi segera dalam paket segera. Dituangnya air yang panas segera.
Oleh kerana aku tidak pernah sampai ke makam sarjana, maka aku tak punya teori apa-apa untuk kuteorikan. Aku tidak setuju, tulis Muin. Bagi Muin dia yang bukan sarjana juga boleh berteori seperti seorang sarjana kerana hujah Muin, universiti-universiti di negaranya juga banyak mencetak sarjana.
Maka Muin yang bukan sarjana pun ingin juga membentangkan teorinya.
2.
Teori pandang ke lain Muin.
Inti atau patinya teori Muin begini:
Orang aka manusia walaupun bermata dua seperti lembu, tapi sedikit istimewa daripada lembu. Ya betul, lembu dikorban sebagai ibadah. Orang juga dikorban ─ sebagai jadah.
Orang aka manusia walaupun bermata dua seperti lembu, tapi sedikit istimewa daripada lembu. Ya betul, lembu dikorban sebagai ibadah. Orang juga dikorban ─ sebagai jadah.
Salah satu sebab orang dijadahkan ialah kerana dia menjadi pengamal tegar teori pandang ke lain. Dia pengamal pandang ke lain yang tekun.
Setiap kali dia mati kutu dan kalah berhujah, dia bingkas bangun lalu bertempik, “I have changed my mode!”. Dia telah berubah menjadi pengamal pandang ke lain yang sejati. Dia memandang ke arah lain, ke tempat lain. Dia cepat-cepat pandang ke khutub utara misalnya. Orang ini ─ tanpa rasa segan, malu dan aib mengaku bahawa dia telah lama berhenti pandang ke Barat yang katanya cukup bobrok. Namun aneh sekali, segala ciri-ciri nilai ‘Islamik’ tentang Barat seperti sifat-sifat rajin, tekun, berdisiplin, mematuhi undang-undang, telus, tidak jadi perasuah itu tidak kelihatan di mata lembunya...ooops di matanya. Kenapakah begitu?
Muin juga amati walaupun seluruh kehidupan pengamal pandang ke lain ini masih lagi dilumurinya bumbu-bumbu, selera dan citarasa Barat; dari bahasanya, pemikirannya (sekadar satu dua contoh) ─ malah seluruh gaya hidupnya dari makan dan minum begitu tepu dengan adat istiadat Barat, orang ini aka manusia ini sentiasa saja memandang ke arah lain apabila kalah berhujah dan berfikir. Muin yakin kelompok pengamal teori pandang ke lain ini bukan saja bebal tapi adalah pelampau.
Muin percaya teorinya betul: Orang aka manusia-manusia ini memandang ke arah lain. Dengan berbekalkan teori ini, Muin melihat bagaimana para sarjan itu berhujah:
Mereka Nampak liwat I, II, Datuk T tapi tak nampak tercokohnya lembu.
Mereka Nampak Beng Hock, tak nampak kandang lembu.
Mereka Nampak tompok di tilam, tak nampak tahi lembu bertaburan.
Mereka Nampak Sabah Sarawak, tidak nampak Kelantan dirompak.
3.
Oleh sebab mereka ini pengamal tegar teori pandang ke lain, mereka sekaligus juga adalah jaguh-juara dalam hal pilih memilih.
Lalu Muin juga menamakan mereka sebagai sarjan intan berpilih aka sarjan anjakan kepala.
No comments:
Post a Comment