Monday, April 16, 2012

Merenggah Suara Batin Itu

That inner voice

Dalam nota pengantar, “ Life & Times ― About the Author” novel Kate Chopin “The Awakening” Collin Classics, Harper Edition, London: 2011 dinyatakan sekali lagi sebab musabab kepada novelis itu menulis:

“The reasons why novelists are driven to embark on their authoring careers are many and various, but there seems to be a commonality in that they all enjoy writing and have an inner voice that demands to be heard. Kate Chopin is no exception in this regard. She was a libertarian thinker, tormented by the conventions of her society and her own lack of contentment. Writing fiction was both a means of creative expression and a form of catharsis for an intellect such as Chopin, who in many respects, was more advanced than her contemporaries with her outlook on life and perception of social evolution. ”

Semalam di Masjid Rawang, itulah di antara pesan yang dipetik Dinsman untuk perhatian mereka yang “berminat untuk menulis”. Dipetik juga satu contoh pernyataan yang sering diulang-ulangi oleh A Samad Said, apabila berbicara tentang peranan dan tanggungjawab penulis ― supaya sentiasa “jujur kepada dirinya” sendiri. Tidak syak lagi pesanan seumpama ini perlulah sentiasa diulang-ulangi di mana saja, kepada siapa saja khususnya buat calon penulis. Paling tidak, pesanan sebegini bakal mengingatkan diri kita bahawa sesungguhnya bukan semua pesanan yang dibawa oleh mimbar masjid pada Hari Jumaat itu tepat dan benar belaka. Demikianlah tragisnya kehidupan kita sekarang ini.

Sebagai penutup, sila nikmati serangkap pantun seorang anak muda yang hadir dalam sesi penulisan Masjid Rawang semalam. Pantunnya berbunyi begini:

pokok meranti megah seia
daun berjurai menyembah tunduk
hidup ini sesuatu yang bahagia
jangan ditunggu kucing bertanduk.

Besarlah harapan kami, agar sahabat kami Pak Salleh (mantap!) berjinak-jinak dengan anak muda yang berbakat ini.

Wallahuaklam.

No comments: