Sunday, April 15, 2012

Yang telah mereka kerjakan - sejak merdeka

Semangat federalisme


Ramai yakin dan percaya untuk sesebuah pentadbiran itu lebih berkesan dan lebih dekat dengan rakyat, seismograf Sang Penguasa mestilah berupaya mencerap denyut hati nurani rakyat, biar betapa kecil sekalipun rasa resah gelisah itu.

Untuk mencapai matlamat ini, salah satu kaedahnya ialah dengan mengagih-agihkan kuasa yang maha besar di atas pundaknya Sang Penguasa Besar kepada Sang Penguasa Kecil yang lebih dekat dengan rakyat. Dalam konteks kita yang persekutuan ini, Negeri-Negeri diberikan kuasa untuk mengurustadbir dengan lebih berkesan. Ertinya yang mereka cadangkan ialah desentralisasi (mohon maaf, nanti kita cari istilah Melayu tanpa ‘si’nya itu).

Mari kita teliti, bandingkan dua buah petikan teks di bawah ini:

Pertama:

Tan Sri Dato’ Abdullah Ayub: Cara Pemerintahan Tanah Melayu (1957 – 1963) Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur (hal. 74- 75) menyatakan begini:

“Untuk mendapatkan kakitangan Kerajaan yang bebas daripada pengaruh politik dan cekap pula, beberapa Suruhanjaya telah ditubuhkan menurut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya-Suruhanjaya ini adalah seperti berikut dan tanggungjawab masing-masing adalah mengikut nama-nama mereka:

(1) Majlis Pasukan Bersenjata
(2) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(3) Suruhanjaya Perkhidmatan Polis
(4) Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi.”

Di bahagian lain, kita temui:

“Ahli-ahli Suruhanjaya itu dilantik oleh Yang Dipertuan Agung dengan nasihat Perdana Menteri dan dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja. Kebanyakan ahli Suruhanjaya itu ialah orang-orang yang telah lama berkhidmat dengan Kerajaan dan terkenal adil dan bijak.”


Kedua:

Aida Idris & Abu Hassan Hasbullah (penyunting bersama): Membina Bangsa Malaysia, Strategic Information and Research Development Centre, (SIRD) Petaling Jaya, 2012 iaitu buku yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, Ooi Heng dalam eseinya bertajuk, “ Media, Teknologi Maklulamat dan Cabaran Semasa” menurunkan maklumat ini (halaman 58, 59):



Jadual 5: Senarai Agensi di bawah JPM

1. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
2. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)
3. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
4. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran ( SPP)
5. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP)
6. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
7. Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK)
8. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
9. Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP)


Kata Ooi lagi,

“ Sungguhpun Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan, trakjetori pola kuasa dan hubungan antara persekutuan dengan negeri menunjukkan bahawa pemusatan kuasa pada Kerajaan Persekutuan begitu besar sehingga menyisihkan makna federalisme. Hal ini menjadi lebih ketara sepanjang pemerintahan negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Semenjak era Mahathir, kuasa pemerintah peringkat persekutuan semakin hari semakin memusat pada Jabatan Perdana Menteri (JPM). Pemusatan kuasa pada JPM yang telah diinstitusikan berterusan sehingga era Pak Lah dan Najib. Hari ini, di bawah pentadbiran Najib, Kabinet Malaysia menyaksikan JPM yang kembung sekali. Kalau semasa era Pak Lah, bilangan agensi di bawah JPM adalah sekitar lima puluh, kini era Najib menyaksikan bilangan agensi di bawah JPM telah mencecah enam puluh empat! “


2.

Kita tinggalkan petikan di atas untuk renungan saudara sekalian.
Semakin hari, semakin nyata dunia kelam yang kita tujui itu.

3.

HARI INI TELAH KULEPAS-BEBASKAN ROHKU:

NANTI, TANGGAL:

28 APRIL 2012, JAM 2.00 PETANG
DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR.

BAWALAH, JASAD dan ROH KITA KE SANA.

No comments: