Saturday, April 14, 2012

Tembok dan dinding batu

Pada mereka: Rakyat itu tembok dan dinding batu
(Satu dua contoh dari sekian banyaknya contoh)


1. 0 Royalti minyak

Apabila dikatakan bahawa hak royalti minyak Negeri-Negeri Terengganu dan Kelantan mestilah dikembalikan kepada negeri-negeri tersebut, mereka berhujah dengan menjadi bisu, pekak dan tuli.

Pada mereka, yang berhujah dengan mereka itu adalah tembok dan dinding batu.

2.0 Rakyat menderita dengan kenaikan harga barang.

Apabila dikatakan bahawa rakyat marhaen menderita kerana kenaikan harga barang-barang sudah tidak terkawal lagi, bahawa daya beli rakyat sangat terdera, dan nilai wang dalam tangan itu semakin mengecil, mereka berhujah bahawa ekonomi kita masih robust dan KDNK kita tetap meningkat.

Pada mereka, rakyat sudah kenyang dengan angka dan statistik.

3.0 Kita adalah pengeksport minyak

Apabila dikatakan bahawa harga minyak kita tinggi dan rakyat tidak dapat menikmati hasil minyak yang negara kita keluarkan, mereka berhujah bahawa harga minyak negara kita jauh lebih murah daripada Thailand...

Pada mereka, rakyat tak perlulah tahu berapa, bagaimana dan di mana khazanah negara itu dibelanjakan kerana tugas rakyat ialah bersyukur menerima sekian banyaknya subsidi.

4.0 Pabila Altantuya, Beng Hock, Amirul, Kugan et al menemui ajalnya...

Seluruh jentera negara ini berputar ligat hinggakan rakyat kesedihan, kebingungan dan semakin keliru jadinya.

Kata mereka lagi, sesungguhnya ada pembunuhan yang tak perlukan sebarang motif.

Pada mereka, bahawa rakyat itu tembok dan dinding batu adalah sesuatu yang benar ― dan sesungguhnya, benar belaka.

5.0 Rasuah dan ketirisan membunuh rakyat dan negara


Apabila dikatakan bahawa ketirisan dan amalan rasuah bakal memufliskan negara ini dan oleh kerana itu, kerajaan mestilah memerangi rasuah dan mengurustadbir dengan lebih baik, mereka berhujah bahawa kitalah SATU MALAYSIA itu.

Bagi mereka, kita kenyang membaham SATU MALAYSIA.

Kata mereka lagi: Kita tak perlu ambil pusing Wang Lembu RM 250 juta itu dan kita masih lagi mampu melupuskan saja hutang jutaan ringgit milik Sang Kroni itu.

Pabila para pelajar ― anak-anak kita, rakyat marhaen meminta supaya pinjaman PTPTN itu dilupuskan, mereka berhujah bahawa itu kerja orang bebal yang bakal memufliskan negara ini!!


(Dan hari ini, saat ini anak-anak muda itu telahpun berkhemah di Dataran Merdeka. Pada 28 April 2012 nanti, kita ― bapa-bapa dan ibu-ibu segala anak-anak muda dari seluruh negara akan berkumpul di sana, insyallah).

No comments: