Friday, April 20, 2012

Wacana Majlis Sarjan

Pemerintah Pilihan Rakyat


Mesyuarat para Sarjana, membincangkan tajuk panas ― “Apakah Bersih 3.0 itu bukannya kerja mungkar?”

Sarjan A: Aku yakin Bersih 3.0 itu kerja mungkar. Teoriku tentang maksud jelas menunjukkan aku betul. Yang ditentang itu Pemerintah yang dipilih rakyat. Yang menentang dan menuduh ialah Pembangkang yang mahu merampas kuasa. Kita dapat melihat dengan jelas bagaimana Perampas mahu merampas kuasa rakyat!

Sarjan B: Bagaimana kau boleh meletakkan Pemerintah itu di pihak yang benar dan Pembangkang pula dalam kandang yang dituduh?

Sarjan C: Pemerintah itu dipilih oleh Rakyat. Rakyatlah yang telah memilih Pemerintah itu dan kita semua tahu rakyat itu terlalu besar untuk bersalah.

Korporal X: Bagaimanakah kalian begitu yakin proses pemilihan Pemerintah itu telus, adil dan bebas?

Sarjan A: Hah...ha itulah dia gelincir maksud. Perampas selalu berkata dia betul walaupun belum tentu dia betul. Kita dapat melihat bagaimana maksud,”telus, adil dan bebas “ itu telah tergelincir! Dan kita juga dapat lihat bagaimana Pemerintah yang dipilih rakyat itu tidak berganjak.

Sarjan Besar Majlis Sarjan: Kita makan gaji dengan Pemerintah.

Sarjan A: (mencelah) Dipilih rakyat...

Sarjan Besar Majlis Sarjan Sarjan: Ya, Pemerintah yang dipilih rakyat. Buatlah apa yang patut dan sepadan dengan kedudukan kita. Kenapa perlu sibuk-sibuk?

Para Sarjan: Betul...Betul...

Korporal X: Hidup Parana! Hidup Pasajan! Hidup Pasana!

No comments: