Saturday, April 14, 2012

Ya, namaku SPR!

Suruhanjaya Pilihanraya


Untuk mengurus hal ehwal pilihanraya, sebuah badan yang bebas telah dilantik. Suruhanjaya ini mengandungi seorang pengerusi dan dua orang ahli yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong setelah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja kerana Suruhanjaya ini juga bertanggungjawab berkenaan pilihanraya-pilihanraya di negeri-negeri. Suruhanjaya ini menjalankan kerja mereka dengan bebas seperti hakim-hakim Mahkamah dan ahli Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Sebab pun demikian ialah supaya Suruhanjaya itu tidak dituduh menyebelah ke-mana-mana parti atau calon-calon yang bertanding. Seperti gaji hakim-hakim dan gaji ahli-ahli Suruhanjaya ini dibayar terus daripada Wang Kumpulan Negara dengan tidak payah mendapat kebenaran undang-undang wang sebagaimana perbelanjaan lain-lain.


Kewajipan Suruhanjaya ini ialah mengurus hal ehwal pilihanraya untuk memilih ahli-ahli Dewan Rakyat, ahli-ahli Dewan Negeri dan juga ahli-ahli Majlis Bandaran yang memustahakkan pilihanraya. Ini termasuklah juga kewajipan menentukan kawasan-kawasan pilihanraya dan menjaga daftar-daftar orang yang boleh memilih atau mengundi. Suruhanjaya ini berkuasa dengan persetujuan Yang Dipertuan Agong membuat peraturan undang-undang berkenaan pilihanraya seperti peraturan mendaftarkan nama, peraturan menjadi calon, peraturan mengundi dan sebagainya.”


Sumber petikan: Tan Sri Dato’ Abdullah Ayob. Cara Pemerintahan Tanah Melayu (1957- 1963), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1978, halaman 58-59:


2.


Bacalah petikan di atas baik-baik. Bacalah dengan teliti. Bacalah bagaimana sejarah merekodkan bahawa satu ketika dulu, kita di negara ini pernah memiliki hak untuk memilih secara mengundi, ahli Majlis Bandaran. Itu semua telah menjadi sejarah. Yang bersisa hanyalah ― tuntutan demi tuntutan...


Jangan lupa, baca juga berita yang ini:

Sumber: Free Malaysia Today
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/13/bersih-ec-in-wonderland/

“Bersih: EC in Wonderland
G Vinod April 13, 2012

Contrary to EC's claim, Bersih co-chairman A Samad Said says Malaysians have lost faith in the commission.

PETALING JAYA: The Election Commission (EC) is living in its own dream world, said Bersih 3.0 co-chairman A Samad Said today.

The national laureate was responding to EC deputy chairman Wan Ahmad Wan Omar’s statement that Bersih, being an illegal outfit, had no right to call for the resignation of the commission’s officials.

He also claimed, according to a news report, that the majority of Malaysians still had faith in the commission and Bersih was just a minority voice.

However, Samad begged to differ.”




28 APRIL 2012
DATARAN MERDEKA,
2.00 PETANG.

No comments: