Saturday, April 14, 2012

Yang berseni

Yang seni dan yang jorok bobrok itu



A. Samad Said. Dari Salina ke Langit Petang, Wirabukit, 2008: 45 dengan puitis sekali, mencatat:

“Tidak semua “awan-awan yang terapung” yang saya alami itu gugur sebagai hujan. Ada yang terus menerus terapung-apung jauh dan hilang. Tapi ada juga awan yang mengembang, memberat, kemudian jatuh sebagai hujan seni yang menyuburkan bakat kreatif saya. Awan-awan seperti inilah yang selalu saya tunggu, selalu saya perhatikan, dan selalu pula saya sertai sehingga ia jatuh sebagai karya seni.”

Tatkala menelusuri tulisan di atas, terlintas juga dalam fikiran soalan-soalan yang sebegini:


Agaknya apakah tanggapan seorang ahli hidrologi (hydrologist) pabila dibacanya petikan di atas, lebih-lebih lagi jika ditelaah terus perenggan berikutnya yang menceritakan tentang kilat (peristiwa) dan proses turunnya hujan? Bagaimana mahu dikaitkan yang serba puitis ini dengan kitaran hidrologi yang difahaminya selama ini?


2.

Sementara itu dalam media baru, The Malaysian Insider April 13, 2012 seorang pembaca ― menamakan dirinya Apolitical, menulis begini semasa memberikan reaksinya terhadap pandangan “Bersih 3.0 is jumping the gun” oleh Kapil Sethi:

Dear All, opinions are like buttholes...everyone has one and everyone to his or her own.

Ya semasa membaca komen di atas, satu dua citra terlintas dalam kepala:


Setiap jelitawan, biar betapapun jelitanya dia, tetap memiliki sisinya yang kurang ‘cantik’― kata Mat Salleh, the arse hole. Seorang teman JPS sering ber’hujah’ kepada kami bahawa X juga memiliki arse holenya. (Untuk lebih cerah, X itu artis wanita yang pada tanggapan teman ini tersangatlah cantik, begitu berbakat sekali dan cukup terkenal di Malaysia dan juga Indonesia. Tambah teman ini lagi, fenomena X itu hanya berlaku sekali saja ― dalam seratus tahun. Wah, bukan tanggung-tanggung pujiannya!)


Lobang keramat (kita pinjam istilah ‘seni’nya SN Shahnon Ahmad dalam Shit yang tersohor itu) menjadi popular kerana kemelut politik bejat peloporan para kuasawan mahu mempertahankan kuasa yang sudahpun tertengek di curam gelincir. Demikianlah orang-orang ini, dalam skema serangannya, telah mereka sirikan proses pengaibannya ini, bertalu-talu. Semua tindakan terancang ini memaksa seluruh rakyat tergiring ke satu zon yang baru, zon yang belum pernah dimasuki secara terbuka oleh rakyat. Sesungguhnya, berkat kerja keras para pemabuk kuasa ini, rakyat telah memasuki zon politik yang kacau bilau, tepu karut marut dan begitu menjijikkan sekali. Bayangkan seks, seks, seks, ― dan seks dengan segala macam fitnahnya menjadi wirid dan tahmid mereka yang muflis idea ini.


3.

Contoh-contoh di atas menyentuh beberapa pokok persoalan:

i) Bagaimana suatu tajuk/subjek itu dapat dicerap teliti dari sudut yang berbeza dan berlainan, misalnya bagaimanakah proses hujan itu kepada seorang seniman dan apa pula tanggapannya oleh seorang hydrologist.

ii) Setiap orang memiliki sisi jeliknya, kekurangannya, makanya kita disarankan supaya usah terlalu bimbang untuk memberikan pandangan kerana tak ada manusia yang tahu segala-galanya.

iii) Setiap orang memiliki pandangannya sendiri, makanya pandangan yang berbeza itu wajar dihormati.

iv) Agama pemimpin mempengaruhi agama rakyatnya, demikianlah kata bijak pandai. Pemimpin muflis ― yang ― gilanya menfitnah, bercakap bohong, melelong pembohongan di pasar terbuka, melahirkan masyarakat yang kacau bilau dan berantakan.

Kita telah mengambil ‘awan’ dan ‘arse hole’ sebagai contoh. Itulah contoh-contoh saling bertentangan (dari aspek ke‘seni’an dan ‘kejorokan’nya) ― tanggapan melampau tentang idea, ilham, buah fikiran seorang manusia itu. Ia boleh dikaitkan dengan segala macam aspek kehidupan. Bagi kita, paling tersabit adalah budi pekerti, kewibawaan, maruah dalam hal-hal bersangkutan dengannya dalam era kepimpinan yang sarat kacau bilau ini.


4.


28 APRIL 2012, JAM 2:00 PETANG
DATARAN MERDEKA
BERSIH 3.0!
TUNGGU! TUNGGU!!
RAKYAT TELAH BERPUSU-PUSU KE SANA.



No comments: