Tuesday, May 8, 2012

Fatimah Busu, Persamaan dan Perbezaan


“Novel-novel Melayu seperti juga novel-novel Indonesia sudah jauh meninggalkan garis sempadan masa silam.  Kian hari kelihatan ciptaan novel di kedua-dua buah negara seperti sedang mempertingkatkan novel-novel yang immoral - - novel-novel yang hanya mampu muncul waktu pagi dan hilang pada waktu petang.  Justru itu ciptaan novel Melayu di Malaysia dan ciptaan novel Indonesia amat memerlukan satu sentuhan baru yang walaupun bukan sentuhan magis, tetapi ia merupakan satu sentuhan yang akan dapat mengembalikan kedudukan novel kedua-dua buah negara pada tahap yang lebih tinggi yang dapat menepis segala kecanggihan realiti hidup manusia zaman ini tanpa menoleh ke belakang ke garis sempadan masa silam yang telah ditinggalkan.”

Fatimah Busu, Persamaan dan Perbezaan Dalam Perkembangan Novel-Novel Melayu dan Indonesia, Red House Universiti Malaysia, Universiti Sains Malaysia, 2010. (hal 430 – 431)



No comments: