Sumber: Malaysiakini
Najib: Bersih 3.0 cost traders 'millions' in losses –
Nigel Aw, 10:23PM, 27, 2012 .
|
Prime Minister Najib Abdul Razak tonight blasted the
Bersih 3.0 rally for allegedly costing petty traders "millions" in
losses during the mammoth rally for electoral reform on April 28.
Semakin mereka menengking
Pertama kali Sang
Penguasa bersuara, ramai yang tunggu dan dengar. Mereka tunggu untuk mendengar apakah yang
Sang Penguasa itu mahu katakan. Mereka
tunggu dan dengar, sama ada apa yang dikatakan
Sang Penguasa itu penting atau ia sekadar cakap-cakap kedai kopi. Ada yang
teruja kerana berita yang ditunggu-tunggu itu baik sekali ― bahawa arwah ayahnya, mantan laskar layak dan berhak mendapat
bantuan akibat dikri yang diumumkan oleh Sang Penguasa. Mereka juga berterima kasih kepada Mat Sabu
kerana membangkitkan cerita Mat Indera sehingga ramai yang teringat ― khususnya Sang Penguasa ― bahawa di negara ini masih ada yang namanya
laskhar itu. Namun dalam kalangan
pendengar itu ada juga mereka yang maha tegar kepercayaannya, yang sentiasa saja menelan bulat-bulat segala
apa yang diluahkan oleh Sang Penguasa.
Hujah mereka ini cukup mudah: Itulah dikri maha tinggi dari Sang
Penguasa. Dan tak mungkin pemerintah
paling agung sebuah negara berdaulat itu kaki auta@pembohong!
Apa pun, ramai yang masih percaya bahawa Sang Penguasa sentiasa
bercakap benar. Ya, sama seperti mereka
mempercayai ‘hakikat’ bahawa tak mungkin Utusan berbohong dan peminat setia majalah Hustler. Oleh itu, saban hari mereka telan bulat-bulat
apa saja stesen-stesen tv milik Sang Penguasa dan akbra Sang Penguasa itu muntahkan ke dalam segala laporan mereka. Di negara ini, kelompok manusia inilah yang
paling yakin dan percaya negara ini bakal punah ranah sekiranya Sang Penguasa
sedia ada itu punah dari muka bumi ini.
Sesungguhnya, bukan semua kelompok yang percaya itu, percaya dengan kata-kata dan perbuatan Sang
Penguasa dan segala laungan mesin-mesin hebahannya. Ada yang terpaka berpura-pura percaya. Mereka perlu berpura-pura percaya kerana
segala habuan yang dinikmatinya selama ini, dianugerahi Sang Penguasa. Tanpa disuap Sang Penguasa, mereka tak mungkin bersenang lenang, makan dan
tidur ― bermewah-mewahan
dalam kehidupannya. Sebagai imbalan, mereka dikandangkan, dilonggokkan dedak, digalak
bersenggama segalak-galaknya supaya lekas-lekas beranak, supaya benih dan spesisnya kian membiak. Inilah spesies yang sering ditempelak, dengan
penuh kehinaan oleh Sang Penguasa: Sungguh tak sopan ― berani menggigit tangan yang selalu menyuap!
II.
Sehingga ke
saat ini, siri Bersih dan segala bara hilirannya terus jua membahang. Dan saban hari, Sang Penguasa itu terus berikhtiar
mahu menggambarkan Bersih itu makar. Sebuah
kerja jahat yang disengajakan dengan niat mahu merosakkan negara ini. Maka saban hari, Sang Penguasa dan segala mesinnya akan mencanangkan
mudharat yang dibawa oleh Bersih. Bayangkanlah
betapa absurdnya: Bersih dengan 8 tuntutan supaya pilihan raya
kita adil dan bersih itu adalah kerja jahat yang merosakkan negara ini! Sergahan dan deraan seumpama ini membuat rakyat
sedar. Ertinya semakin diserang, semakin
dihanturayakannya Bersih, semakin ramai
rakyat yang sedar bahawa selama ini tanggapan mereka bahawa Sang Penguasa tidak
mungkin kaki temberang itu SALAH. Kini, yakinlah mereka memang benarlah Sang Penguasa
mereka itu pembohong besar.
Kita doakan
Sang Penguasa itu terus-terusan ― saban waktu, tidak akan berhenti mengejar,
mengejar, dan mendera para aktivis Bersih. Biarlah rakyat suku juta saksi hidup peristiwa
428 yang telah berhimpun itu, melihat dengan
mata hati mereka sendiri, wajah sebenar
Sang Penguasa mereka. Syukurlah, Sang
Penguasa ini terlalu angkuh untuk belajar melihat hakikat di sekeliling
mereka. Sedih tapi benar, keangkuhan mereka
telah menggelitakan kebenaran yang terpampang di depan mata.
III.
Mari kita
terus nyalakan roh, semangat dan obor Bersih itu. Tuntutan sah supaya pilihan raya kita adil
dan bersih. Penuhilah lapan tuntutan
Rakyat itu!
No comments:
Post a Comment