Berhentilah menjadi Pengampu.
Maka
dikaranglah A. Rahmad dalam bukunya “A. Rahmad Dari Banggol Besi Ke Jalan Lain
Ke Hamovniki”, karangan yang berbunyi begini:
“Kami mahu harga
padi naik!” . Yang kedua: “Kami mau Menteri Besar sekarang! Mana Menteri Besar?.”
(100-112)
Harapan Suman,
yang pernah disuarakan kepada pemimpin rakyat kecil:
“Kalau
kerajaan benar-benar bertanggungjawab dan mahu memberi perlindungan kepada rakyatnya,
kerajaan boleh keputusan terus...Menteri Besar ada. Menteri Pertanian ada. Perdana Menteri pun
ada. Takkan perkara kecil, nak tentukan
harga padi pun nak ambil masa berminggu-minggu. Kita tidak akan bersurai selagi
kerajaan tidak memberi ketepatan”,
(79)
Suman itu
watak dalam novel keduanya, “Anjung Petayu”, Marwilis Shah Alam, 1991.
Almarhum sudahpun
kembali ke pangkuanNya tapi suaranya masih lagi meraung-raung di dalam kitabnya. Demikianlah besarnya kata-kata yang namanya
pengarang itu. Karangan dibaca orang
sehingga ke hari kiamat.
Di depan
TuanNya di Padang yang maha menggerunkan itu karangan itu dibicarakan. Apakah karangan pengampu tidak akan dibicarakan
Tuhan?
Berhentilah
menjadi Pengampu.
No comments:
Post a Comment