Saturday, June 23, 2012

Yang 'Budaya' dan 'Bukan Budaya' kita


Sumber: http://malaysiakini.com/news/201659

Najib: Debat bukan budaya kita Zulaikha Zulkifli : 7:19PM Jun 22 2012



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat.

Katanya debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.

"Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.

"Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.

"Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara petang ini.

Ditanya sekiranya lanjut sekiranya beliau menolak untuk berdebat dengan Anwar, Najib sekadar berkata rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan.

"Saya tak kata apa. Saya kata itu bukan... Yang penting sekarang ini rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan sama ada agenda kita lebih baik atau pembangkang,"  katanya.

Najib turut berkata, bukan soal debat yang menjadi keutamaan, sebaliknya, maklumat kepada rakyat mesti dikhabarkan.

"Sama ada kemampuan kita laksanakan, tunaikan ataupun pembangkang (yang) lebih meyakinkan rakyat," kata Najib lagi.


______________________________________________________________________________


UJIAN KELAYAKAN MEMASUKI SEKOLAH HIDUP
MASA: TIGA PULUH MINIT

ARAHAN KEPADA CALON:

1)  Calon tidak dibenarkan membuka kertas soalan sebelum menerima arahan
2)  Ujian bertujuan menguji kefahaman calon berhubung petikan teks      
3)  Ujian bukan bertujuan menilai maksud tersembunyi teks. 
4)  Sila gunakan takrif-takrif berikut sekiranya perlu.


Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2005 (hal. 212)  makna ‘budaya’ dan ‘berbudaya’ ialah seperti berikut:

i) Budaya
   
budaya itu ditakrifkan sebagai, “ 1. tamadun, peradaban: ~ Islam; 2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, kelakuan, dsb): ~ kuning; 3. bersifat budaya, yang mengenai kebudayaan, (yg sudah maju (akal budi):

ii) Berbudaya

Sementara itu berbudaya dinyatakan sebagai, “ mempunyai budaya, memiliki cara berfikir dgn akal budi yang maju: bangsa yang ~


PETIKAN ISI KANDUNGAN TEKS

I. BAHAGIAN SATU


Pilih jawapan yang betul (YES or NO ).


a) Debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.
   
b) Debat bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.

c) Dalam kehidupan kita sentiasa perlu “tengok keadaan”.

d) “Sumpah laknat” dalam masjid dengan berpandukan Al-Quran adalah budaya kita.

e) Dalam kehidupan kita di Malaysia yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.

f) Di negara kita hanya pihak tertentu dibenarkan menyampaiakn maklumat kepada rakyat.

g) Salah satu tuntutan Bersih 3.0 ialah "Akses media bebas dan adil'.  Tuntutan ini tidak tepat kerana ia adalah perbuatan menderhaka. 

 
 II.  BAHAGIAN DUA
   

Sila senaraikan 10 soalan yang ‘relevan’ dan juga yang ‘tidak relevan’ yang anda ketahui berhubung 'pemimpin kita' dan 'budaya kita'.  


III.  BAHAGIAN TIGA


Jika anda ‘ada masa’,  tuliskan sebuah esei tentang “pemimpin, budaya dan budaya politik kita”.  Sila kirimkan esei anda kepada media milik gomen.




No comments: