Thursday, July 26, 2012

Kajian UUM


Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/204589

Kajian UUM: Ramai mahu Mukhriz jadi MB Kedah
2:34PM Jul 25 2012 


Satu kajian oleh Universiti Utara Malaysia menyatakan bahawa anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir merupakan pilihan ramai sebagai bakal calon menteri besar Kedah.

Kajian yang dibentangkan oleh Prof Madya Dr Rohana Yusof itu dari UUM juga menyatakan bahawa BN lebih berpeluang untuk merampas Kedah dari tangan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

"Rakyat Kedah inginkan seorang menteri besar yang mampu menyelesaikan masalah mereka dan pada masa yang sama rajin menemui rakyat.

"Nada ini secara tidak langsung memberi gambaran ketidakupayaan menteri besar dari kerajaan PAS melaksanakan tanggungjawab yang diharap oleh pengundi," kata Rohana dalam slaid pembentangan kajiannya.

Kajian itu dijalankan ke atas 10,800 orang rakyat Kedah di 36 DUN, yang sebahagian besarnya berusia antara 21 hingga 34 tahun.

Ia membandingkan peluang Mukhriz dan tiga lagi pemimpin Umno Kedah – ketua perhubungannya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, ketua penerangan Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan ketua pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Seramai 67 peratus responden Melayu, 78 peratus responden Cina dan 71 peratus responden India memilih Mukhriz, manakala Ahmad Bashah mendapat peratusan kedua terbanyak, masing-masing 13, 11 dan 14 peratus dari setiap kumpulan kaum.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa 52 peratus daripada responden menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pentadbiran PAS negeri, manakala 59 peratus daripadanya berpendapat bahawa janji pilihan raya PAS masih belum dipenuhi.

Seramai 54 peratus lagi tidak mahu kerajaan pimpinan PAS dipilih semula, manakala 47 peratus menyatakan bahawa masa depan orang Melayu lebih baik di bawah pentadbiran BN.

Kedah, yang merupakan kubu kuat Umno sebelum ini jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

Rohana membentangkan kajiannya itu di program perbincangan anjuran Majlis Profesor Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Turut membentangkan kajian di sesi pagi pada program tersebut ialah rektor Universiti Islam Antarabangsa Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid.


II. Apakah mesej (blak-blakan, jelas) yang mahu mereka hantar?


“Bahawa anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir merupakan pilihan ramai...”

“Bahawa BN lebih berpeluang untuk merampas Kedah dari tangan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.”

Bahawa “Rakyat Kedah inginkan seorang menteri besar yang mampu menyelesaikan masalah mereka dan pada masa yang sama rajin menemui rakyat.”

"Nada ini secara tidak langsung memberi gambaran ketidakupayaan menteri besar dari kerajaan PAS melaksanakan tanggungjawab yang diharap oleh pengundi," kata Rohana dalam slaid pembentangan kajiannya.

Bahawa “Ia membandingkan peluang Mukhriz dan tiga lagi pemimpin Umno Kedah – ketua perhubungannya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, ketua penerangan Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan ketua pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.”

Bahawa “Seramai 54 peratus lagi tidak mahu kerajaan pimpinan PAS dipilih semula, manakala 47 peratus menyatakan bahawa masa depan orang Melayu lebih baik di bawah pentadbiran BN.”

Bahawa “Rohana membentangkan kajiannya itu di program perbincangan anjuran Majlis Profesor Negara di Kuala Lumpur hari ini.”


III.  Apakah dia Mesej tersiratnya?


Apakah ini senarai mesej tersiratnya?:


Dalam PRU 13 nanti,  Umno/BN bakal menang di Kedah kerana kehebatan anak mantan PM ini.

Dalam hal-hal bertemu rakyat, MB sedia ada tidaklah serajin anak mantan PM ini.  Oleh itu anak mantan PM ini akan menjadi MB yang lebih baik.

Para pesaing (tiga orang jumlahnya) anak mantan PM dapat dikalahkan oleh anak mantan PM ini.  Apakah ini ialah kerana kehebatan anak mantan PM ini?

Sesungguhnya orang Melayu Kedah jauh lebih yakin kepada Umno/BN jika dibandingkan dengan Pas.

Bahawa kajian ini ada kaitannya dengan para profesor negara ini?   Wah, bukan main lagi.  (Masih ingat pengamatan tersohor profesor bahawa negara ini TIDAK pernah dijajah?  Wah, bukan main lagi.)

 
IV.  Mesej tersirat yang tersirat


Apakah tidak tepat jika kita lebih cenderung berpendapat:


Bahawa demi masa depan legasi mantan PM itu dan demi kesejahteraan berterusan para kroni,  anak mantan PM ini semestinya diangkat menjadi PM negara ini.  Dan kerusi MB Kedah adalah anak tangga@lorong penting untuk ke Putrajaya.

Agaknya,  apa dan bagaimana pula tanggapan Pas Kedah berhubung hasil kajian ini?  Kita kerap mendengar orang berkata bahawa kelemahan musuh sememangnya menguntungkan.  Namun ramai juga yang prihatin bercampur risau.  Mereka kerap bertanya:  Bagaimana pula dengan ‘kekuatan’ sendiri?



No comments: