Wednesday, July 25, 2012

Harga kereta


HARGA KERETA: APA KATA MEREKA


Kita petik cebisan berita dari Malaysiakini dan Harakahdaily berhubung isu kereta yang kelihatannya bakal diangkat menjadi isu dalam PRU 13 nanti.  Umumnya rakyat sedar betapa harga kereta di negara ini begitu membebankan mereka. 

Dalam konteks ini, sila hadam dan rumuskan apa yang tersirat dalam kepala sesetengah ahli politik berhubung persoalan harga kereta yang mahal ini.  Apakah benar KJ berpendapat bahawa harga yang mampu ditanggung oleh rakyat Malaysia akan memusnahkan Proton?  


I.

While acknowledging that PKR's promise to make cars affordable will benefit millions of rakyat, Pemuda Umno chief Khairy Jamaluddin believes such a policy may spell the doom of national car maker Proton and deprive the government of lucrative income.


II.

Tuan Ibrahim juga berkata pengumuman itu sangat dinantikan oleh rakyat, namun memberikan amaran awal kepada rakyat supaya tidak terkejut dengan reaksi para pemimpin Umno.

“Jangan terkejut kalau pemimpin Umno sekali lagi akan mengatakan negara akan bankrap bila duti eksais dihapuskan,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

III.

Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.




No comments: