Tuesday, July 24, 2012

"BERSIH HALAL!"


(Bahagian ini ditulis awal pagi tadi sebelum ke Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta)


Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/204384

Gov't vs Bersih suit: Pak Samad, 5 others, want in  
Hafiz Yatim 1:19PM Jul 23, 2012



National laureate A Samad Said and five other Bersih 2.0 steering committee members have applied to be interveners in the government's suit against 10 of their colleagues.


II.

Hari ini, 24 Julai 2012 jam 9:00 pagi mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur  akan memutuskan apakah benar Bersih, gabungan 84 NGO yang telah bersatu hati supaya pilihan raya negara Malaysia itu bersih dan adil, itu sebuah entiti haram sepertimana yang didakwa oleh Sang Penguasa atau pun apa?  Tentunya ramai para penyokong dan simpatisannya berkumpul untuk memberikan sokongan mereka di samping mahu mendengar sendiri apa yang akan diputuskan oleh  badan kehakiman negara ini tentang hak dan suara rakyat dalam perlembagaan.

Sebenarnya dalam konteks kesinambungan kisah Bersih ini, telah muncul semalam satu lagi perstiwa besar ― yang tidak dapat tidak ― bakal memanaskan dan memeriahkan lagi plot serta ‘keintrigan’ Bersih itu sendiri:  Pak Samad telah meminta pihak Sang Penguasa memasukkan dirinya sebagai salah seorang yang disaman kerana katanya telah bertanggungjawab menganjurkan Bersih yang oleh Sang Pemerintah dituduh telah merosakkan harta awam.  Rupa-rupanya Bersih ini cukup istimewa.

Rupa-rupanya Bersih ini cukup istimewa.  Pelbagai peristiwa hiliran berhubung Bersih ini telah dan sedang menarik perhatian segala macam pihak.  Siri peristiwa hiliran, the aftermath Bersih ini membuat gerakan gabungan 84 NGO itu menjadi istimewa dan terus menerus menarik perhatian khalayak.  Bersih menjadi istimewa bukan saja kerana wujudnya gerai burger, tarian buntut di depan rumah Pengerusi bersamanya iaitu Ambiga tapi juga kerana  selama ini Sang Peguasa itu pun tidak pernah kering-kering air liur menghentam Bersih di mana saja dia ada kesempatannya.  Hatta tatkala berdepan dengan para imam yang digiring dari seluruh negara juga disyarahkan tentang kisah kedurjanaan Bersih.  Pendeka kata di mana saja tumpuannya ialah Bersih, Bersih, Bersih dan Bersih.  Bersih adalah buah mulutnya.  Demikianlah ‘jahat’nya perbuatan mendesak supaya pilihan raya itu mestilah bersih dan adil!


III.

Dalam proses pendakwaan, rakyat sering memperkatakan tentang perbuatan memilih bulu (selective prosecution) ― penyakit kronik,  memilih sama ada yang didakwa itu ‘gengnya aku atau pun geng lain’ yang berleluasa.  Perbuatan memilih bulu untuk mendakwa ini dilihat seolah-olah menjadi semacam norma yang tidak boleh dipisahkan dari amalan dan budayanya Sang Penguasa.  Walaupun sering dinafikan oleh Sang Penguasa, namun kelihatannya perbuatan memilih bulu ini tidak mudah ditutup semata-mata dengan penafian yang berpanjangan. 

Ya, walaupun rakyat sering didendangkan dengan ocehan bahawa undang-undang tidak mengenali sesiapa dan bahawa undang-undang itu luhur dan bahawa semuanya sama di mata undang-undang ― namun rakyat tetap tidak yakin.  Biar pun betapa gahnya hebahan khalayak tetap dan sering mempersoalkan makna sebenar slogan ini.  Mereka sentiasa mengamati dan membangkitkan perbuatan memilih-milih bulu ini.  Ertinya mereka tidak yakin bahawa siapa saja yang bersalah pasti dibawa ke muka pengadilan.  Misalnya mereka menuding kepada Perkasa apabila isu-isu sensitif itu diperkatakan.  Mereka bertanya kenapakah ada pihak yang kelihatannya cukup kebal? 

Pak Samad telah tampil untuk menyatakan bahawa dia juga pengerusi bersama Bersih dan oleh kerana itu turut bertanggungjawab.  Baginya Bersih itu bukan miliknya Ambiga yang Hindu yang bukan Melayu dan yang seorang perempuan.  Sesungguhnya demi masa depan anak cucu kita, kita gembira dengan kegagahan dan keberanian Pak Samad itu. 

Salut Pak.  Salam hormat kami semua!



IV.  “BERSIH HALAL!” demikianlah kata Pak Samad pagi tadi di Kompleks Mahkamah Kuala, Jalan Duta.

 
(Entri ini dimasukkan jam, 11:15 pagi setelah pulang dari Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta)







No comments: