Sumber: Malaysiakini 3:51PM Jul 2 2012
http://www.malaysiakini.com/news/202492
Perkhidmatan Abu Bakar
sebagai KP JPA ditamatkan
|
|
Perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah, 57, sebagai
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ditamatkan semalam.
Bagaimanapun, dalam kenyataan tiga perenggan hari ini,
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa tidak menyatakan sebab-sebab
perkhidmatan Abu Bakar ditamatkan.
Berikutan kekosongan tersebut, Dr Ali berkata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd Ali akan menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa semalam.
Dr Ali berkata, kerajaan sedang menimbang dan meneliti calon yang layak dan sesuai bagi jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baru.
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan khidmat bakti Abu Bakar sepanjang 35 tahun perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam.
Berikutan kekosongan tersebut, Dr Ali berkata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd Ali akan menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa semalam.
Dr Ali berkata, kerajaan sedang menimbang dan meneliti calon yang layak dan sesuai bagi jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baru.
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan khidmat bakti Abu Bakar sepanjang 35 tahun perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam.
- Bernama
I. Berita adalah KUIH LAPIS
Berita, seperti kuih lapis, boleh
dikunyah lapisannya untuk dinikmati keenakannya. Berita juga boleh ditelan bulat-bulat ― sekali
gus sepertimana buaya membaham bangkai. Bagi
seekor buaya, bangkai tak perlu diteliti apakah cukup bergizi ― memadai jika
perut membuncit, diisi.
Sebuah berita seperti di atas memiliki
kisah dan latarnya sendiri dan latar belakang berita ini dikupas dalam berita versi
bahasa Inggerisnya. Walau apa pun latar
belakangnya, sesebuah berita itu disebarkan
untuk mencapai pelbagai tujuan. Ada
berita dihebahkan sekadar untuk
memaklumkan sesuatu kepada khalayak. Ada
berita yang dicanang seluas, sejauh, sekerap yang mungkin. Misalnya khalayak wajib tahu bahawa semua
pemandu teksi diberikan hadiah empat tayar baru, TR1M. Berita sebegini mesti dihebah sehingga ke
hujung dunia. Ada juga berita yang tak
perlu dilaporkan. Lebih sedikit yang
mengetahuinya, lebih bagus. Misalnya khalayak tidak perlu tahu kenapakah
meter penggunaan elektrik itu dibaca dua bulan sekali (?) dan kenapakah bil elektrik tiba-tiba saja mencanak.
Berita itu adalah senjata
sulit dalam pertempuran merebut pengaruh. Sementara berita-berita kelasnya Mongolia boleh
menjadi senjata yang membaham tuannya. Berita di atas ialah cerita tentang
perkhidmatan awam. Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam itu orang kedua terbesar selepas Ketua Setiausaha
Negara. Untuk mengetahui perihal peranan
perkhidmatan awam ini, sila ikuti petikan di bawah ini. Teks ini dipetik daripada buku suntingan Aida
Idris & Abu Hassan Hasbullah, “Membina Bangsa Malaysia”, SIRD,
Petaling Jaya, sementara eseinya bertajuk,” Undang-undang dan Masyarakat” oleh Abdul Aziz Bari, halaman 23.
“Selain institusi beraja satu
lagi institusi yang penting dalam memastikan wujudnya neutraliti dan profesionalisme
ialah perkhidmatan awam. Institusi ini
dibentuk oleh pelbagai cabang termasuk angkatan tentera dan pasukan polis di
samping cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain seperti para guru, doktor,
jururawat, dan seumpamanya. Sifat neutral dan profesional ini perlu
kerana meskipun perkhidmatan awam adalah sebahagian daripada eksekutif mereka
perlu memberi khidmat kepada rakyat tanpa mengira ideologi atau anutan politik
mereka. Anggota-anggota perkhidmatan
awam juga kekal di situ meskipun kerajaan bertukar tangan. Sebab itulah mereka tidak perlu setia kepada
kerajaan yang memerintah: kesetiaan penjawat hanyalah kepada negara yang
lambangnya adalah Raja. Kakitangan awam
memang perlu patuh kepada arahan kerajaan tetapi hanya kepada arahan yang tidak
melanggar undang-undang.”
II. Memanfaatkan instrumen untuk mengekalkan kuasa
Demi mengharungi hari-hari
muka yang kian tak menentu itu, segala ikhtiar mestilah dilakukan agar kuasa itu tidak terlucut dari rengkuhan. Oleh itu segala instrumen yang ada, perlulah dikerkau-cekau dan dimanfaatkan dengan
lebih gencar dan rakus lagi ― demi menjamin kesejahteraan hari-hari muka yang semakin
tidak menentu itu. Tragedi kejatuhan
Kerajaan PR Perak adalah sejarah bagaimana segala instrumen itu telah diinstrumenkan. Pelbagai alat, jentera dan kaedah telah digunakan
untuk merampas sebuah kerajaan sah pilihan
rakyat.
Dan salah satu daripada instrumen itu ialah perkhidmatan awam.
No comments:
Post a Comment