Wednesday, July 4, 2012

Memerangi propaganda jahat


Kaedah golongan kiri melawan propaganda British.


“Pada mulanya pekerjaan mereka memang tidak mudah, malah menghadapi kesukaran yang besar.  Orang ramai tidak memberikan layanan terhadap kedatangan mereka.  Hal ini demikian, kerana sebelum mereka sampai ke kawasan sempadan,  intelejen British telah melakukan propaganda secara besar-besaran terlebih dahulu di kalangan orang Melayu dengan memfitnah kononnya tentera pembebasan adalah ganas, kejam, antiagama dan lain-lain.  Kerana hasutan itu, orang ramai benar-benar terkeliru.  Mereka menyangka tentera pembebasan yang datang itu memang benar-benar pengganas dan penyamun.”   

Salah satu kaedah yang digunakan untuk melawan propoganda British ini “anggota pasukan itu dididik supaya sentiasa berdisiplin dan mengamalkan 10 Fasal Perhatian apabila berhadapan dengan massa rakyat (Mohamed Salleh Lamry 2008:131), iaitu:

1.   Pertuturan hendaklah ramah tamah.
2.   Berjual beli harus adil.
3.   Barang-barang yang dipinjam harus dikembalikan.
4.   Ganti kerugian barang-barang yang dirosakkan.
5.   Rumah-rumah yang ditumpangi harus dibersihkan.
6.   Menghormati adat resam.
7.   Jangan memukul atau memaki orang.
8.   Jangan merosakkan tanaman.
9.   Jangan berlaku tidak senonoh terhadap wanita.
10. Jangan menganiaya tawanan perang.”

(Mohamed Salleh Lamry, Siti Norkiah Mahmud, Srikandi dari Pahang Utara, SIRD, 2011: 76)   





No comments: