Pemimpin Umno
itu demokrat tulen?
Peristiwa zaman
sebelum Pilihan Raya Umum Ke 13 (Pra PRU 13, pasca PRU 12) yang telah dan sedang
ditempuh oleh rakyat Malaysia sesungguhnya pelbagai, mendebarkan dan ― cukup menakutkan. Jika kita senaraikan siri peristiwa besarnya,
ia mungkin dapat dikategorikan ke dalam DUA kelompok utama:
Pertama:
Kekalahan teruk
Umno/BN pemegang tampuk kuasa sejak merdeka dalam PRU 12 sehinggakan parti itu
kehilangan majoriti dua pertiganya di Parlimen dan juga kejatuhan 5 buah negeri
iaitu Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang ke tangan Pakatan
Rakyat .
Kedua:
Sesungguhnya segala
peristiwa pasca PRU 12 ini membuktikan bahawa Umno dan kepimpinannya adalah
demokrat palsu. Segala peristiwa hiliran Pasca PRU 12 jelas menunjukkan bahawa Umno/BN
itu tidak demokratik sepertimana yang ia sering canangkan. Peristiwa pasca PRU 12 membuktikan bahawa Umno,
parti Melayu itu mampu melakukan apa saja demi untuk mempertahankan kuasa yang
dicengkamnya sejak merdeka itu. Bagi Umno,
yang terbaik untuk Malaysia ialah Umno yang
terus kekal berkuasa walau apa pun caranya.
Oleh kerana itu ia menggunakan segala kudrat, pengaruh, jentera, mesin,
alat dan sumber yang ada untuk mempertahankan segala sisa kuasa yang semakin
lolos dari cengkamannya. Ya, pokok
pangkalnya Umno tidak pernah percaya bahawa Malaysia itu sewajarnya menjadi
sebuah contoh pemerintahan demokrasi yang tulen kerana yang paling utama ia
mesti terus kekal berkuasa.
Era pasca PRU
12 dipenuhi dengan pelbagai tragedi yang menakutkan. Zaman pasca PRU 12 telah menyaksikan pelbagai
peristiwa besar bersejarah yang tidak boleh dipadamkan begitu saja. Peristiwa-peristiwa bersejarah itu termasuklah
pelanunan Negeri Perak oleh pucuk kepimpinan Umno. Usaha yang tidak demokratik berterusan sehingga
ke saat ini dan proses mensabotaj Negeri Selangor, negeri terkaya di Malaysia ini
telah meninggalkan parut kekal bernama Teoh Beng Hock.
Dalam senarai peristiwa
besar pasca PRU 12 ini, kita temui Bersih 2.0 ― sebuah gerakan pelbagai (84 jumlahnya ) NGO yang bangkit
untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil ― sebuah gerakan massal rakyat yang mahu dipadamkan begitu saja oleh
Umno. Entah atas nasihat siapa segala
usaha dilakukan untuk menghapuskan kesan besar Bersih 2.0 itu. Entah siapakah Tuan Penasihatnya yang telah
menjadikan Ambiga itu sebagai sasaran nombor SATU gerakan keroyokan yang
melampaui batas-batas yang boleh diterima akal itu. Siapakah yang boleh melupakan kelakuan mantan
para laskhar itu? Khabarnya para veteran
tentera ini telah memohon maaf kepada Menteri Pertahanan? Ya, malang bagi Umno, Bersih sudahpun meroyak
menjadi pekung berbisa yang begitu sukar diubati Umno.
II.
Untuk membuktikan
bahawa kerajaan Umno itu pencinta tulen demokrasi, maka kita saksikan yang
namanya Pelan Transformasi Politik yang katanya bakal menjadikan Malaysia
sebagai salah sebuah demokrasi terbaik dunia. Maka pemansuhan ISA, 1948 di awal tahun baru
itu pun dicanangkan dan dirayakan dengan gah sekali oleh akhbarnya yang mendakwa
bahawa berbohong dibolehkan sekiranya sebarang ‘spin’ itu dapat membantu Umno
mempengaruhi pandangan rakyat yang sudahpun didedahkan dengan media baru.
Ternyata segala
perubahan yang dijanjikan itu tidak dapat meyakinkan rakyat apatah lagi apabila
Perdana Menteri sendiri menjelaskan bahawa ISA tidak membantu kerajaan BN. Mereka yang ditangkap dan dikurung di bawah ISA
ternyata menjadi semakin masyhur apabila dibebaskan.
“The ISA was
abolished because it didn't help the BN-led government politically, said Prime
Minister Najib Abdul Razak.
"If you put someone in under ISA, it doesn't kill them politically. Instead, it enhances their political career," he told civil servants in Putrajaya today.
"If you put someone in under ISA, it doesn't kill them politically. Instead, it enhances their political career," he told civil servants in Putrajaya today.
Without naming
names, Najib gave the example of some ex-ISA detainees whose political profile
he said skyrocketed after being detained.” http://www.malaysiakini.com/news/203103
Akhir-akhir
ini, keadaan sebenar nasib para tahanan ISA dan hipokrasi sekitar pemansuhan akta
zalim ini didedahkan semula kepada khalayak.
Desakan demi desakan semakin gencar agar 45 orang tahanan yang masih
dikurung itu dibebaskan segera dan kem Kemunting juga ditutup dengan segera.
III.
Sementara itu tuntutan
Bersih 2.0 tidak banyak berubah:
Lebih dari 1 Juta
warga Malaysia yang bermastautin di luar negara telah dinafikan hak mengundi.
Lebih dari 3.1
juta pengundi telah mendaftar di kawasan yang berbeza dari alamat yang terdapat
dalam MyKad.
31,294 pengundi
telah dipindahkan kawasan pilihan raya negeri/parlimen tahun 2008 daripada
tempat asal mereka mengundi tanpa persetujuan mereka, termasuk Menteri Besar
Selangor!
Bilangan pengundi
di negeri Selangor telah meningkat sebanyak 22%
( melebihi 16.3%
kadar purata kebangsaan )
Banyak laporan
diterima mengatakan ada pihak lain yang memangkah undi untuk tentera.
Dipercayai 90%
undi tentera memihak kepada BN.
42, 000 status
kewarganegaraan pengundi tidak dapat disahkan oleh Jabatan Pendaftaran
Negara tetapi nama
mereka masih kekal dalam senarai pengundi.
Lebih dari 400,000
nama pengundi yang disangsikan masih terdapat dalam senarai pengundi.
Jumlah ini boleh
memenangi 35 kerusi Parlimen.
Dalam senarai
daftar pengundi terdapat 65,543 pengundi berumur 85 tahun atau keatas.
Ada 1,000 pengundi
yang berumur lebih dari 100 tahun. Pengundi yang paling tua dilahirkan
pada tahun 1853.
Terdapat 4,500
pasangan kepada anggota polis yang didaftar sebagai pengundi pos.
Ini melanggar
undang-undang Pilihan Raya.
IV.
Seorang
aktivis tegar Pas di Sungai Petani memaklumkan, “Bang, tak ada apa pun yang
berlaku dengan daftar SPR itu. Daftar
dengan tambahan 30,000 pengundi yang entah dari mana itu tetap tidak
dikeluarkan.”
“Habis nak
buat apa?”
“Kita masih
ingat pesan Presiden. Selepas atau sebelum
pilihan raya, kita tetap turun sekiranya
keadaan tak juga berubah!”
Apakah kita masih
yakin bahawa sesungguhnya Umno itu demokrat tulen? Demokrat yang teruja dengan 8
tuntutan seperti ini:
SATU: BERSIHKAN
SENARAI UNDI
DUA: MEREFORMASIKAN UNDI POS
TIGA: GUNAKAN
DAKWAT KEKAL
EMPAT: AKSES MEDIA
BEBAS DAN ADIL
LIMA: MASA KEMPEN
MINIMA 21 HARI
ENAM: KUKUHKAN
INSTITUSI AWAM
TUJUH: HENTIKAN
RASUAH
LAPAN: HENTIKAN
POLITIK KOTOR
No comments:
Post a Comment