Friday, August 17, 2012

Doa seorang Menteri


Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/206628

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April berkemungkinan menyebabkan ramai tidak akan menyertai perhimpunan 'Janji BERSIH', yang kini dikenali sebagai "Janji Demokrasi" pada 30 Ogos.

Menurutnya, keganasan yang berlaku pada 28 April menjadi "pengajaran" bagi banyak pihak dan menurutnya, tidak ramai yang berminat dengan 'Janji BERSIH'.



II.

Doa seorang Menteri

Wahai Tuhan,

Doaku yang paling utama: Janganlah mereka berkumpul lagi pada malam 30 Ogos 2012.  Seperti kau ketahui, aku telah selop kera 4 kali setiap hari, selama 28 malam berturut-turut pabila melihat gelombang kuning 428 itu.  

Wahai Tuhan,

Aku berdoa padamu wahai Tuhan yanag maha kaya, janganlah mereka sampai berselera lagi dan terus menerus berazam untuk memakai baju warna xxxx itu.  Aku telah semput dan sesak nafas,  berulang-ulang kali, sejak melihat samudera kuning walaupun emas kegemaran biniku juga kuning warnanya. Perkenankanlah doaku ini, wahai Tuhan.  

Wahai Tuhan,

Demi Umno dan para kroni, janganlah kau tanam rasa berani dalam diri mereka pada malam 30 Ogos 2012 dan malam-malam sebelumnya dan juga malam-malam selanjutnya.  Kami, para Menteri menjadi sangat payah pabila mereka berani melawan.

Wahai Tuhan,

Mohon Ya Tuhan, kau lembutkanlah hati Pak Samad.  Kau tanamlah rasa kasih sayangnya lelaki luar biasa ini supaya mencintai kami para Menteri Umno yang Melayu kerana Sasterawan Negara ini juga seorang lelaki Melayu, seperti aku.    

Wahai Tuhan,

Kau turunkanlah hujan yang lebat pada 30 Ogos 2012 supaya dapat kujadikan alasan bahawa sesungguhnya slogan “Janji Ditepati” itu kau rahmati!

Wahai Tuhan,

Kau perkenankanlah doaku ini.


No comments: