“Ah, betapa
malunya I...”
Lembu hewan
berkaki empat, berekor satu dan biasanya bertanduk dua. Ada juga yang bertetek, iaitu lembu-lembu betina. Lembu, jantan atau betina, ditumbangkan,
dilapah dan dilahap dagingnya oleh Sang Harimau.
Lembu sama ada
jantan atau pun betina diternak untuk menghasilkan sebanyak mungkin laba kerana
penternak sangat gemarkan laba. Lembu,
jantan atau pun betina, ditumbangkan, dilapah dan dilahap dagingnya oleh Sang Harimau. Lembu betina diperah habis-habisan,
susunya. Oleh itu banyak hewan lain, khusunya
khalifah di muka bumi ini termasuk Umno, gemar sekali menternak lembu.
Kita jarang
dengar penternak lembu memberikan nama timang-timangan yang bagus-bagus untuk
lembu-lembu perahannya, kecuali ... lembu yang namanya PLUS dan Langat2 yang ditunggu-tunggu
kelahirannya oleh Umno.
II.
Demi
kesejahteraan rakyat Selangor, kita doakan lembu bunting Umno ― Langat2 itu ― tidak akan lahir ke alam nyata.
Kenapakah buruk
bunyi doanya?
Kita tidak
boleh membiarkan air, sumber segala kehidupan, diperdagangkan semahu-mahunya mengikut hawa
nafsunya Sang Kapitalis.
Feedlot,
Cowgate?
“Ah, betapa malunya
I ...”
No comments:
Post a Comment