Monday, August 20, 2012

Sebuah masjid



Sebuah masjid di pinggir bandar.


Tuduhan yang biasa: Mereka tidak terbuka dan pentingkan puak@kroni.  Tidak pernah berlapang dada dan pendendam tegar. Mereka itu sekular!


Senario terkini, SATU:  Sekular tegar sudahpun dibuang rakyat.  Sekarang yang memimpin adalah yang Islamik (itu istilahmu, bukan ungkapanku).  Kelompokmu telahpun menggusur kelompok Islamik yang tidak pernah bersamamu dalam jemaah. 


Senario terkini DUA:  Kata puak yang kau tuduh sekular, “ Mereka tidak terbuka dan pentingkan puak@kroni.  Tidak pernah berlapang dada dan pendendam tegar. Mereka gunakan agama sebagai topeng!”

Senario terkini TIGA:  Guru agama yang tidak bersamamu dan sangat disenangi penduduk telah kau hina sehina-hinanya.  Pak Cik, Paku Su, Pak Ngah di kampung kita sudah marah dengan dengan sikap puakmu yang “tidak terbuka dan pentingkan puak@kroni.  Tidak pernah berlapang dada dan pendendam tegar. Mereka gunakan agama sebagai topeng!”


II.

Mungkin kau tidak nampak bahawa kita telahpun kembali ke tempat asal yang jelek. 

Seperti MEREKA,  kau juga taksub, pendendam dan pentingkan puakmu.  Ternyata kau juga penganut setia fahaman kelompok istimewa@golongan esklusif.

Ke mana perginya gerakan tarbiah yang kau bangga-banggakan itu?



No comments: