Sunday, September 2, 2012

Dari fbnya Dr Irwan Abu Bakar



Irwan Abu Bakar:

Apabila kita dapati sesuatu budaya telah berkembang ke arah menyusahkan bangsa, kita wajar mengambil langkah memberhentikan amalan yang berkaitan. Misalnya, menurut Prof. Jongman Cho dari Korea, apabila ibu bapa Korea mengahwinkan anak mereka, banyak yang kehabisan semua harta yang mereka miliki sehinggakan ada yang terpaksa mengemis untuk meneruskan hidup. Aku rasa, bangsa Melayu juga harus behati-hati dalam hal ini. Misalnya, baju Melayu ialah salah satu benda yang menyusahkan dalam budaya Melayu:

1) Baju Melayu cekak musang perlu dipasang sehingga lima biji butang setiap kali hendak dipakai. Apabila nak basuh, kena tanggalkab butang, dan pasang semula butang apabila nak pakai semula. Baju Melayu teluk belanga pun begitu. Kita kena popularkan baju Melayu yang guna butang tak perlu tanggal.

2) Memakai kain samping bersama baju Melayu (yg sekarang dah tak perlu kerana orang Melayu sekarang dah pandai pakai seluar dalam yang sesuai dengan fabrik baju Melayu yang lembut itu).

3) Memakai songkok (juga tak perlu sekarang kerana lelaki Melayu rata-rata sudah memotong kemas rambut masing-masing).

Top of Form
Bottom of Form

Komen Kassim Muhamad:

Bayangkan berpesta kenduri untuk merana kemudiannya akibat  menanggung beban hutang. Dalam konteks berpakaian,  mungkin ada yang membantah kerana kita seolah-olah menggalakkan budaya berpakaian yang 'kurang lengkap'. Sdr Irwan, izinkan saya pindahkan pemerhatian sdr ke blog saya. Satu pemerhatian yang menarik. 

     

No comments: