Sempena acara duka
nestapa "Menghayati keindahan dan nilai bangunan bersejarah dan tapak lama
ibu kota sebelum warisan-warisan ini lenyap atas nama 'PEMBANGUNAN', pasukan
Sdr Yeoh telah meminta wakil Paksi menyatakan sikap:
Inilah yang telah kubaca (dengan suntingan semula), malam 31 Ogos 2012:
Inikah kemerdekaan?
(Buat Muhammad Aryan NajiD bin Muhammad Faridz dan anak-anak sezaman dengannya)
A

pakah erti
kemerdekaan jika kita sentiasa dikepung rasa takut, ragu-ragu, was-was, saling
curiga mencurigai?
Apakah itu merdeka jika mimpi-mimpi seorang rakyat itu digari-mati Akta, perundangan ala 114A dan segala yang segerombolan dengannya?
Merdekakah itu pabila para cukong, politikawan-niagawan bergabung kebejatan lalu merampok khazanah negara, semahu-mahunya, segila-gilanya?
Kemerdekaan siapakah gerangannya?
Apakah merdeka itu khutbah burung tiong asyiknya mengulangi setiap kata, segala kata tuannya?
Apakah merdeka itu benar pabila hantu-hantu jembalang 13 Mei dan segala yang sebangsat dengannya dicambuk amuk buat memporak-perandakan kita yang pelbagai ini?
Apakah merdeka itu pembangunan seram menakutkan ala MRT Petaling Street-Lynas-Pengerang-Teluk Rubiah-Bukit Koman dan serakahnya perkasa mengalahkan lestari alam, sejahtera rakyat?
II.
Aryan,
Tidak ada yang bakal bersisa selain, melainkan merdeka yang terpasong.
Apakah merdeka celaka ini yang bakal kami tinggalkan buat kalian sekalian zuriat keturunan?
Apakah ada pilihan-pilihan yang lain, tanpa kecuali, selain melainkan mengumpul kudrat untuk bangun melawan?

No comments:
Post a Comment