Meneliti
Rasional Menteri Besar Ahmad Said
(Inilah politik;
kaedah mendapatkan kuasa dan merengkuhnya ― selama-lamanya)
KUALA BESUT Terengganu Menteri Besar
Ahmad Said has defended the practice of giving projects to cronies, saying that
it is a matter of political survival.
"We must put our people first, and it's not about cronyism. It can't be that Umno people give (projects) to PAS; they get the money and come to finish us off.
"If I want a project done, need a contractor and give it to a PAS contractor, then I'm stupid. This is politics. (It is) about getting power and staying in power," Ahmad said at a press conference close to midnight last night.
"We must put our people first, and it's not about cronyism. It can't be that Umno people give (projects) to PAS; they get the money and come to finish us off.
"If I want a project done, need a contractor and give it to a PAS contractor, then I'm stupid. This is politics. (It is) about getting power and staying in power," Ahmad said at a press conference close to midnight last night.
2.0 Mesej pemimpin
adalah dasar Kerajaan yang memerintah
2.1 Dalam
sesebuah organisasi/institusi termasuk parti-parti politik kata-kata
pemimpinnya, lebih-lebih lagi kata-kata pemimpin
tertingginya menggambarkan pandangan, tanggapan dan sikap sesebuah organisasi itu
terhadap sesuatu isu atau masalah. Yang
jelas kata-kata sang pemimpin ini mencerminkan isi hati dan juga pemikiran yang
biasanya menentukan dasar serta halatuju organisasi tersebut.
2.2 Kata-kata yang diucapkan oleh seorang pemimpin
dalam sidang media mungkin juga disalahtafsirkan oleh wartawan sehinggakan
berita sebenar yang mahu disampaikan itu terpesong. Untuk membetulkan niat berita yang terpesong
atau dipesongkan ini, tentu saja pemimpin
yang berkenaan berupaya untuk memperbetulkan.
2.3 Sekiranya
tidak ada sebarang pembetulan yang dibuat, maka seluruh khalayak pembaca faham bahawa apa
yang telah disampaikan oleh pemimpin organisasi itu tepat dan benar belaka. Sebagai contoh kita tentu masih ingat lagi
dengan kata-kata TPM, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin
Yassin bahawa sesungguhnya:
“... He
is a Malay first but that does not mean that he is not a Malaysian at heart. He said he would be shunned by all the Malays
if he were to say that he is a Malaysian first and a Malay second”.
http://www.thestar.com.my/story.aspx?file=%2f2010%2f4%2f1%2fnation%2f5976477
Muhyiddin: I am a Malay first and
Malaysian at heart, By KAREN CHAPMAN
Bagi seluruh
rakyat Malaysia ini adalah pendirian rasmi seorang pemimpin tertinggi
mereka. Sehingga ke saat ini, ramai pembaca serta pengamat yang terkilan dan
berpendapat bahawa pendirian seperti ini tidaklah sihat dan tidak tepat ‘dianuti’
oleh seorang pemimpin negara.
3.0 Mesej apakah
yang telah disampaikan oleh Menteri Besar, Ahmad Said itu dalam sidang akhbarnya
di Kuala Besut?
3.1 Jika
laporan sidang media sepertimana dalam petikan di atas, dalam konteks ini Malaysiakini,
tepat dan kenyataan media oleh Menteri Besar Ahmad Said itu tidak diperbetulkan
atau dinafikan oleh Menteri Besar Ahmad Said
atau pihak atasannya sendiri, maka ini bermakna inilah dasar kerajaan negeri
yang diperintah oleh Menteri Besar Ahmad Said itu. Dan sepanjang yang kita fahami, apakah benar
jika kita katakan bahawa dasar ini mendapat restu dan dipersetujui oleh
kepimpinan tertinggi negara? Bukankah sehingga
ke saat ini tidak ada sebarang teguran atau pembetulan berhubung dasar Menteri
Besar Ahmad Said yang telah dibuatnya secara terbuka di Kuala Besut itu?
3.2 Dalam
peraturan rasmi tatacara perolehan Kerajaan Perbendaharaan Malaysia, terdapat peraturan dan prosedur perolehan tertentu
yang sudahpun sekian lama digunapakai di negara kita, termasuk kerajaan-kerajaan
negeri. Di antara prinsip utama
perolehan kerajaan yang digariskan oleh Perbendaharaan Malaysia secara rasmi itu
ialah:
Akauntabiliti awam (public accountability),
Diuruskan secara telus (transparent),
Nilai faedah yang terbaik (best value
for money),
Saingan terbuka (open competition)
Serta adil dan saksama (fair dealing).
4.0 Senarai soalan kita
4.1 Apakah ini
bermakna bahawa secara tersirat (dan tersurat?) bahawa segala peraturan, prosedur, dasar dan
lain-lain yang sedia ada berhubung tatacara perolehan itu tidak lagi terpakai
di Negeri Terengganu? Jika jawapannya, “YA”
apakah peranan dan fungsi pelbagai agensi, Jabatan dan institusi yang
bertanggungjawab untuk mengurus perolehan di negara ini?
4.2 Dengan terpakainya “keadah Menteri Besar Ahmad
Said” dalam urusan perolehan kerajaan negeri, apakah ini bermakna bahawa
objektif bertulis perolehan kerajaan Negeri Terengganu itu telahpun
berubah? Untuk perhatian dikatakan
bahawa objektif tersebut ialah seperti berikut:
“Best value for
money.
Kualiti yang
terjamin.
Kuantiti yang
dikehendaki dan berterusan.
Sebagai alat
untuk mencapai dasar Kerajaan.
Menggalakkan
pertumbuhan industri tempatan.
Pemindahan
teknologi.
Menjimatkan
pertukaran wang asing”.
4.1 Apa-Siapakah yang sepatutnya membetulkan
keadaan ini?
Apakah pihak
yang wajar membetulkan keadaan ini ialah Perbendaharaan, Ketua Setiausaha
Negara, Setiausaha Kerajaan Negeri, Audit, Dewan Undangan Negeri sekadar menyebut
beberapa nama?
5.0 Penutup: Saranan untuk pemuda Pakatan Rakyat
Demi khazanah
negeri yang telah diamanahkan ke atas bahunya para pemimpin dan demi untuk berlaku
adil kepada seluruh rakyat, khususnya rakyat Terengganu kita sarankan supaya
mesej tentang kuasa dan penyalahgunaannya sepertimana yang diisytiharkan oleh
Menteri Besar Ahmad Said didakwahkan kepada seluruh lapisan rakyat, khususnya
mereka di luar bandar. Dakwah yang
menerangkan kepada seluruh rakyat negeri bahawa pemikiran ala "If I want a project done, need a
contractor and give it to a PAS contractor, then I'm stupid. This is politics.
(It is) about getting power and staying in power," itu TIDAK BETUL dan
mestilah diperbetulkan. Yang dapat
membetulkan pemikiran yang salah lagi songsang seperti ini hanyalah rakyat yang
FAHAM.
Sesungguhnya
jika dan sekiranya dakwah untuk memberikan keFAHAMan seperti ini disampaikan
secara berterusan dan bersungguh-sungguh, kita yakin dan percaya akhirnya rakyat di luar
bandar juga akan yakin kenapa kuasa itu tidak boleh ditukar ganti, misalnya dengan
duit minyak untuk balik mengundi.
__________________________________________________________________________
Terjemahan
bebas ungkapan: "If
I want a project done, need a contractor and give it to a PAS contractor, then
I'm stupid. This is politics. (It is) about getting power and staying in
power," ialah begini:
Jika saya mahu
melaksanakan sesuatu projek dan perlukan pemborong dan saya berikan kerja kontrak
itu kepada pemborong Pas ― bodohlah saya.
Ini yang dikatakan politik.
Politik ialah kaedah mendapat kuasa
dan terus mengekalkan kuasa itu.
No comments:
Post a Comment