To grab the attention of delegates, the pre-party
election season has to erupt with bizarre fireworks. Yes, to grab the attention of the delegates,
some aspiring contestants are constantly prying and cooking for burning issues. Normally, there is nothing easier, more effective,
and surely more explosive yet juicy other than stirring up religious and racial
sentiments.
However these ambitious aspirants are having
terribly-horrifying dreams. This is the
story of their predicament.
Penyakit musim pemilihan
Belum pernah
doktor tua di pinggir kota itu dikunjungi serentak oleh sebegitu ramai pesakit yang
kelihatannya menderitai penyakit yang sama ― dikejar-kejar para makhluk mimpi sehingga
menerobos keluar ke dunia nyata ― alam sedar mereka.
Aneh tapi
benar, dari keterangan pesakit-pesakit pola serangan hampir-hampir sama saja;
makhluknya gemar sekali memerintah dan di antara ayat-ayat perintah yang
diulang-ulangi oleh segala makhluk alam mimpi
itu termasuklah:
“Kamu tidak
boleh lagi berdiam diri.
Cari dan
ciptalah peluang untuk menarik perhatian”.
Biasanya siri
perintah diikuti pula dengan penjelasan:
“Ingat: setiap
peluang adalah lauk. Ciptalah lauk di
mana saja, bila saja dan dengan siapa saja.
Rumus utama paling strategik ialah menarik perhatian segala ahli.
Akhirnya ditutupi
dengan arah tegas:
Lebih bagus ―
demi perhatian, letupkan peluang supaya ia meletup-meletup menjadi isu besar. Lagi besar isunya, lebih bagus.
Ya, letupkan isu!”
2.
Lalu mereka
pun berbondong-bondong dan berduyun-duyun mengejar episod sup bak ku teh untuk
berbuka, aksi anjing dan tuannya dalam klip ucapan selamat hari raya, ruang makan
di sebelah jamban untuk anak-anak yang tidak berpuasa dan ― paling penting segala
reaksi mempertahankan dan menjuarai agama suci, mestilah mendapat liputan
maksima. Katanya secara sengaja dan terus-terusan,
gerakan memperlekehkan dan provokatif terhadap
kesucian agama suci ini mestilah diserang tanpa ampun.
“Bila
pemilihannya?” tanya doktor tua itu.
“Hujung tahun
doc.” jawab mereka, serentak.
“Nah, ini preskripsinya. Cuba dapatkan di farmasi. Saya kehabisan stok.”
3.
Ahli farmasi
di pinggir kota yang sama masih membelek-belek preskripsi yang
dicakar-cakar-ayamkan sang doktor tua, sahabat kental sahabat lamanya. Perlahan-lahan urat-urat muka sang farmasis
itu berkerut seribu; seluruh muka bulatnya ketat sepenuhnya. Akhirnya.
Masakah doktor yang suku abad praktik mencadangkan ubat sebegini? Mungkin kerana buntu yang amat sangat, akhirnya
dia menghilang seketika sebelum muncul semula.
“Kenapa tuan? Nampak
begitu cemas?” para pesakit yang memenuhi seluruh ruang farmasi itu ingin tahu
ubat mujarab apakah yang telah ditetapkan untuk ubati penyakit mereka.
“Tuan-tuan
semua perlu sediakan ubat masing-masing”.
“Ya???
Bagaimana??!!”
“Tuan-tuan semua TIDAK
boleh tidur sehingga selesai musim pemilihan!”
No comments:
Post a Comment