Beratur
panjang dan protes
Mereka beratur
kerana begitu ramai mahukan servis yang sama dalam tempoh yang terhad. Mereka terpaksa beratur akibat lonjakan
permintaan yang tiba-tiba saja melonjak.
Jika tidak ada lonjak permintaan ini, tidak ada yang akan berebut-rebut;
tidak ada yang perlu beratur. Tidak ada sesiapa yang perlu beratur sekiranya mereka
tidak berebut-rebut untuk mendapatkan servis yang sama itu dalam tempoh yang
terhad pula.
Ada beberapa
soalan kenapakah ramai sekali berebut-rebut
untuk mendapatkan ― servis yang sama ― yang dalam keadaan normal tidak perlu direbuti?
Mungkin
jawapannya ialah:
Harga barang
yang diperlukan itu akan naik keesokannya
Ada barang
percuma (misalnya duit) yang diagih-agihkan
Ada pesta
hiburan percuma yang melibatkan bintang yang besar
(Apa jadi kepada KITA yang hanya cepat melihat ke dalam diri tapi lupa kepada masa depan anak, cucu dan cicit?)
2.0
Apabila
harganya diumumkan akan naik sebanyak 30 sen keesokannya, seluruh stesyen di seluruh negara diserang
para penunjuk perasaan yang berkumpul dengan sepanduk, banner dan placard
dengan mesej-mesej protes yang pelbagai:
Kenapa BARU
naik sekarang?
NAIK baru sekarang?
NAIK kerana
janji pilihan raya?
Mana janji
SERVIS baik itu?
Ke mana lagi
DISONGLAP hasilnya?
Kepada siapa subsidi
itu diberikan?
Kroni mana
yang selalu untung?
Malam itu seluruh
rakyat Malaysia di seluruh negara berkumpul di stesyen-stesyen minyak memprotes kenaikan harga minyak. Dan malam itu seluruh stesyen minyak di
seluruh negara lengang kesan langsung protes kenaikan harga minyak keesokannya.
Satu hari
nanti, apakah laporan seperti di atas itu menjadi satu realiti? Rakyat bangun
dan berebut-rebut memprotes kenaikan harga minyak, BUKANNYA berlumba-lumba untuk
mengisi tangki minyak kenderaan masing-masing.
Kalau “boleh”, bila agaknya?
(Apa jadi kepada KITA yang kelihatannya hanya sekadar pandai berbaris dan berebut-rebut untuk menikmati peluang? Apakah KITA tidak mahu peduli bagaimana khazanah negara KITA ini diurus? KITA memang luar biasa!)
No comments:
Post a Comment