Petunjuk betapa lemahnya kerajaan Melayu dan
segala institusinya?
Bahagian 4: Orang-orang Melayu Umnolah yang memimpin
Malaysia
5.0
Sejak sebelum merdeka
lagi, politik negara kita telah dilagang dan dicorakkan oleh Umno. Sejak
sebelum merdeka Umno dipercayai oleh pihak British sehinggakan kuasa politik
Malaya ketika itu diserahkan kepada Umno.
Para penentang British seperti kelompok Melayu kiri apatah Parti Komunis
Malaya tidak pernah diberi muka oleh penjajah itu. Penjajah lebih yakin kepada Tunku Abdul
Rahman dan pasukannya.
Sejak merdeka
rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu, yakin seyakinnya bahawa Umno itu parti ulung, pelindung
dan penyelamat mereka. Oleh kerana kepercayaan
yang tidak pernah berbelah bagi ini, maka orang-orang Melayu telah menyerahkan
seluruh kehidupan mereka kepada Umno.
Bagi mereka, hidup dan mati
mereka di ‘negara mereka sendiri’ ialah
kerana Umno. Tanpa Umno, mereka sudah pasti
punah dan musnah. Begitulah Umno di mata
sekian ramai orang-orang Melayu ― dipercayai, diyakini sehingga dijunjung di atas
jembala oleh sebahagian besar orang-orang Melayu. Kita ulangi, orang-orang Melayu yakin dan percaya bahawa
nasib dan masa depan mereka sememangnya ditentukan dan terletak di tangan Umno.
Dalam konteks kepercayaan yang mutlak inilah, maka terdapat dalam kalangan orang-orang
Pas yang mendakwa bahawa inilah bentuk syirik yang dianuti oleh sesetengah
orang-orang Melayu. Kata para agamawan Pas, terdapat orang-orang
Melayu yang jatuh syirik kerana meletakkan masa depan kehidupan mereka di
tangan sebuah parti politik. Namun
rata-rata orang Melayu tidak percaya dengan tuduhan syirik ini kerana bagi mereka,
itu semua hanyalah helah dan tuduhan kerana
dorongan politik semata-mata. Pendek
kata, latar yang sedemikianlah membuat
parti Umno menguasai parti politik Malaysia, khususnya politik orang-orang Melayu. Ertinya
sejak merdeka politik Malaysia kita telah dilagang, dicorak, ditentukan dan dikuasai
oleh Umno. Bagi sekelompok besar rakyat
Malaysia, Umno itu segala-galanya.
Makanya siapa
menguasai Umno, menguasai Malaysia.
No comments:
Post a Comment