Lenyap
kampung, maka lenyaplah akar budayanya
Sebuah kampung
tradisional yang dilupuskan dari muka bumi misalnya dek ‘pembangunan’ tidak sempat
meninggalkan zuriat dan keturunannya kerana di tempatnya akan dibangunkan
sesuatu yang lebih baru dan moden, sesuatu yang serba gemerlapan seperti apartmen
mewah, segala macam mall dan gedung pencakar langit. Sesungguhnya bukan itu saja yang lenyap dan pupus
dari kampung yang dilupuskan; masyarakat yang pernah lahir, hidup dan tumbuhbesar
bersamanya mungkin selama berabad-abad itu juga turut dicabut sehingga ke akar-akarnya. Ya, segala bentuk akar budaya sebuah kampung
tradisional ‘silam dan kuno’ itu perlu dibuang jauh-jauh demi untuk memberikan
tempat buat sesuatu yang lebih moden, mutakhir sesuatu yang ‘in-thing’ agar
serasi dengan sebuah dunia yang global.
Konsep
pembangunan yang menyingkirkan segala lorong, denai, jalan setapak, alur dan
anak-anak sungai yang serba dhaif sebuah kampung tradisional untuk digantikan
dengan jalan-jalan beraspal licin dan parit dan longkang konkrit (keras, kaku
dan angkuh itu) adalah pembangunan menukar wajah kampung supaya menjadi lebih
moden, terkini dan selesa. Pembangunan juga
membawa bersamanya prasarana komunikasi yang mutakhir sehingga maklumat sudah berada
di hujung jari. Pendek kata, ‘pembangunan moden’ membawa gaya dan falsafah baru
sebuah kehidupan.
Pendek kata sebuah
kampung tradisional yang dibangunkan semula supaya menjadi moden membawa
bersamanya unsur-unsur moden dan terkini.
Sebuah anak sungai kurang yang keruh perlulah dilongkangkan supaya ia
menjadi moden, membangun. Tanah taneh anak-anak
yang hitam pekat yang selama ini memberikan nyawa kepada segala hidupan air
mestilah dibangunkan semula dan dimodenkan dengan konkrit. Biarlah pupus segala rumpai, anak-anak ikan,
anak-anak berudu dan sepatung kerana semua itu tidak cukup moden.
Sesungguhnya bukan
itu saja yang lenyap dan pupus apabila sebuah kampung itu dilupuskan; masyarakat
yang pernah lahir, hidup dan tumbuhbesar bersamanya mungkin selama berabad-abad
juga turut dicabut sehingga ke akar-akarnya ― untuk dilupuskan. Ya, segala bentuk akar budaya sebuah kampung
tradisional yang ‘silam dan kuno’ itu perlu dibuang jauh-jauh demi untuk
memberikan tempat buat segala yang lebih moden, mutakhir sesuatu yang ‘in-thing’
agar serasi dengan sebuah dunia yang global.
Dalam suasana
riuh rendah pembangunan yang menjerkah setiap sudut kehidupan ini, Paksi
bersama Kampong Banda Dalam terus berusaha untuk melakukan sesuatu. Berusaha untuk menyampaikan mesej bahawa ‘kerja-kerja
membangun’ itu bukanlah bermakna mencabut segala akar budaya sebuah bangsa. Sehubungan itu pasukan Kampong Banda Dalam dan
Paksi telah ke Kampong Lendu, Melaka untuk melihat apakah yang terjadi apabila
sebuah kampung diangkat oleh seniman profesional UiTM Melaka. Apakah usaha kecil-kecilan seperti dapat
menyelamatkan Kampong Banda Dalam dari dipupuskan secara total dari muka bumi
ini? Apakah sudut pandangan Sang Penguasa
terhadap pembangunan kampung tradisional di tengah-tengah kota raya dapat
disemak semula supaya menjadi lebih mesra manusia dan juga budayanya? Atau apakah segala unsur-unsur ini tak lagi
punya makna apa-apa, seperti tak bermakna
apa-apanya Kampong Abdullah Hukum di Kuala Lumpur itu?
No comments:
Post a Comment