Cerita Sabri
Yunos di Mi Hamid, semalam 3 Mac 2014.
1.0 “Ranjau
Sepanjang Jalan” versi Kemboja
Kami bertiga bertemu
di Mi Hamid (Pyan, saya teringatkan sdr setiap kali ke sini!) sehingga lewat
malam. Dan setiap kali bertemunya ada
saja bahan menarik untuk perhatian. Misalnya
Sabri menceritakan tentang filem “The Rice People” oleh pihak Kemboja, iaitu filem
berdasarkan novel “Ranjau Sepanjang Jalan” oleh SN Shahnon Ahmad. Nah, ini sebuah karya yang mesti tonton walaupun
versi Jamil Sulong dengan Sarimah dan Ahmad Mahmud itu pernah ditonton.
2.0 Mengagihkan
nenas supaya adil, mengikut prinsip kesamarataan seorang Sosialis
Sabri Yunos juga
menceritakan pemerhatiannya terhadap sikap seorang kawan yang kental sikap,
kefahaman dan pendirian sosialisnya semasa mengupas dan mengagih-agihkan nenas
di kalangan kawan-kawan.
“Untuk berlaku
adil, nenas tidak boleh diagih-agih dengan mengerat-eratnya seperti membuat
pajri... Sebiji nenas mestilah dijurai seluruhnya, dari kepala sehingga ke
ekornya, barulah adil...semua orang dapat merasakan masam-manisnya sebiji
nenas...”
No comments:
Post a Comment