Tuesday, November 3, 2009

Perihal istiqamah, tanggungjawab dan kewartawanan longkang






Apa itu istaqamah?


Istiqamah (Arab) itu bermaksud “ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus (termasuk urusan agama)” Kamus Dewan, edisi ke empat, 2005. Atau dalam ‘bahasa’ pengurusan kualiti, ia disebut sebagai penambahbaikan yang berterusan.

Apakah pilihan yang kita miliki setiap kali kita menjalankan sesuatu tugas?

Dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab, kita sentiasa ada pilihan-pilihannya, misalnya:


i) Pilihan untuk berbuat sesuatu, untuk bertindak (mungkin lengkap dengan pelbagai opsyen/pelan tindakan mengikut keutamaannya pula)
ii) Atau pilihan untuk tidak berbuat apa-apa, the do-nothing-option.

Apakah pilihan yang ada kepada pengamal media?

Untuk para pengamal media termasuk blogger, pilihan-pilihan untuk beristiqamah dan bertanggungjawab dalam menulis dan menyebarkan berita memberikan kesan yang sangat besar kepada kehidupan pengamal media itu sendiri sekarang ini atau pun kehidupan setelah dia tiada, setelah dia pass on nanti. Di dunia ini sesuatu tulisan itu mungkin memberikan kesan yang besar kepada masyarakat apatah lagi jika yang ditulis itu fitnah jahat (Adakah fitnah yang ‘baik-baik’?).


Orang-orang media, baik media apa sekalipun boleh memilih sama ada untuk bercakap benar atau pun sebaliknya. Mereka boleh mencerah, menggelapkan atau mengherot-petotkan sesuatu berita.

Oleh sebab para pengamal media perdana itu biasanya ‘profesional’, mereka dilatih secara formal dalam disiplin ini. Ini juga bermakna bahawa mereka memiliki pelbagai kemahiran dalam memaparkan dan mewarnai sesebuah berita. Mereka mampu membentuk pendapat umum dengan pelbagai kaedah, termasuk dengan betapa jxxxhnya mengherot-petotkan kenyataan. Jika ditamsilkan, kemahiran dan kepakaran para profesional media perdana adalah pisau dalam genggaman. Ia boleh saja digunakan untuk merosakkan atau mungkin juga menyembuhkan; pisau boleh merobek-robek jantung atau mungkin membedah-buang ketumbuhan. Bermakna, pilihan sentiasa berada di tangan si pemilik dan si pemegang pisau.

Era para wartawan longkang

Tatkala kempen PRK Bagan Pinang sedang panas membahang, sebuah akhbar perdana melaporkan kemelaratan seorang nenek miskin yang terpaksa menanggung sepuluh orang cucu. Kemelaratan itu lengkap dengan bumbu-bumbu perasanya. Dan di sana di saat itu, ada seorang hero yang muncul untuk menyelamat.


Menurut sdr Zulkifli calon Pakatan, ada juga blogger yang tidak mahu ketinggalan berkongsi berita: Dia dikatakan tidak mempedulikan nasib si nenek malang ini walaupun si nenek adalah jiran di belakang rumahnya...


Hari ini kami melawat kedua-kedua tempat, rumah si nenek dan juga rumah sdr Zulkifli. Ha..ha.. ternyata imaginasi blogger kita memang cukup hebat! Ini samalah seperti laporan blogger yang mengatakan Sdr Azizi telah menghadiri perjumpaan para blogger yang dianjurkan oleh seorang pemimpin Pas Selangor.


Pada hari Isnin, 2 November 2009, Azizi dan Zulkifli telah menziarahi nenek itu di Lenggeng. Menurut Azizi tujuan lawatan ialah “untuk melihat sendiri nasib si nenek yang katanya bersendirian membesarkan cucu-cucunya...Bagaimanakah dia terdaya melakukan itu semua?”


Ada beberapa perkara menarik lain yang kami dengar. Misalnya, si nenek melarat itu masih lagi tertunggu akan janji-janji rumah PPRTnya. Dan ada juga khabar yang kurang menyenangkan tentang akaun itu dan ini. Apakah ini juga bumbu-bumbu sewer journalism? Entahlah.



Apa pun janji-janji yang belum tertunai adalah buah mulut words of mouth yang berbisa. Apakah ia sama kategorinya dengan berita yang sememangnya sengaja mahu digelapkan dan yang sengaja bersusah-payah mahu disuluh-terangkan? Apakah semua ini bumbu-bumbu wajib untuk melariskan jualan sewer journalism? Ya, kewartawanan longkang yang beritanya hanya laris di pasar terbuka gossip seluar dalam para artis?



Jadi, apakah saudara masih lagi berminat untuk menjadi ahli kelab wartawan atau blogger longkang?







No comments: