Sunday, July 26, 2009

Apakah kaitannya?

Apakah kaitannya nilai dan pegangan hidup seseorang manusia itu dengan falsafah pendidikan yang pernah dan sedang diikutinya?

Kenapakah ada sesetengah pihak berkeras bahawa yang sekular itu tidak boleh dijadikan falsafah pentadbiran negara?

Kenapa ada yang berpendapat bahawa agama itu hak milik peribadi yang tidak boleh diganggu-gugat oleh manusia lain kecuali yang empunya diri dan Tuhannya?

Kenapakah di sesetengah negara, banyak pemimpinnya meletakkan jawatan apabila terjadi sesuatu musibah dalam institusi di bawah jagaannya?

Kenapakah di sesetengah negara para pemandu berhenti dan menghormati mereka yang berjalan?

Kenapakah di sesetengah negara ada kumpulan yang berpendapat menyiksa binatang itu zalim tetapi seolah-olah berpendapat bahawa pembunuhan rakyat Palestine bukanlah isu besar?

Kenapakah orang tidak begitu pedulikan nasib manusia (kanak-kanak, orang tua, perempuan, rakyat marhaen) yang dibom tanpa belas kasihan dari laut, udara dan darat (via jentera canggih: Jet-jet, meriam, laser atau bom pintar pemusnah manusia) tetapi menjerit-jerit histeris jika ada hotel yang dibom entah oleh siapa?

Apakah yang membentuk sikap hidup dan nilai-nilai yang dipegang ini? Pendidikan, agama, ibu bapa, keluarga, media massa, pendapat umum, contoh tingkah laku para pemimpin negara, idola mereka, propaganda, penipuan, pembohongan atau apa?

Kenapakah ada orang yang bermati-matian menentang sistem riba tetapi ada pula yang merasa hidup bahagia sebagai Along, ibu ayam, pencetak rompak?

Kenapakah orang menjadi kritis setelah pencen?

Kenapa ramai yang rajin ke masjid setelah pencen?

Kenapakah ada yang mati begitu muda, seperti Teoh?

Kenapakah harum bunga itu tidak ada yang sama?

Entah berjuta ‘kenapa’ lagi yang boleh disenaraikan….

Sama seperti berjuta ‘kalau’ yang begitu menyampah di telinga seorang kawan….Ha..ha.


Rasanya ‘kalau’ itu kaedah fikir-fikir dan menimbang pelbagai kemungkinan. Pelbagai ‘kalau’ jugalah yang akhirnya dirumuskan menjadi kod yang membantu misalnya kerja-kerja merekabentuk struktur.


Wallahuaklam.

.

Saturday, July 25, 2009

Sikap menduakan makna kehidupan

Sikap menduakan makna kehidupan oleh para budayawan: Itukah wajah sebenar budaya kita?

Dalam kalangan masyarakat Melayu rasanya masih ramai yang yakin sesungguhnya budi pekerti itu ada nilai dan maknanya. Oleh itu kita masih bertemu dengan orang-orang Melayu yang peduli dan kurang senang dengan tingkah laku yang dilihatnya sebagai kurang sopan@tidak beradab. Tingkah laku kurang beradab yang boleh mencetuskan kemarahan atau setidak-tidaknya dibaca sebagai cermin peribadi tidak beradab si pelaku. Di antara contoh popular: Menunjuk sesuatu objek itu dengan kaki. Perbuatan ‘tunjuk menunjuk objek’ dengan menggunakan jari telunjuk misalnya dikira tidak sopan. Telatah manusia yang gemar bermain-main dengan jari ini mengingatkan kita kepada rakaman Rahimidin Zahari dalam blognya, Perjalanan Salik. Teman Istana Budaya ini tidak senang dengan isyarat jari hantu yang menegak sang pemandu. Mungkin kejengkelannya membuak apabila dilihatnya pemain jari hantu itu memakai kopiah putih@ketayap!

Dalam majalah Pentas mutakhir iaitu Jilid 4 Bil.1 Jan – Mac 2009, dalam slot editorialnya “Keseniman dan nilai tamadun” Rahimidin Zahari menyatakan seperti beikut:

“Ketamadunan sebuah bangsa diukur dengan karya seni yang ditinggalkan oleh para senimannya. Bangsa besar akan meninggalkan sebuah tamadun seninya yang besar, dan terus berkesinambungan sepanjang sejarah. Ketinggian nilai seni yang dimiliki oleh bangsa tersebut akan seiring dengan perkembangan manusia yang menggerakkan aktiviti seni yang disumbangkan oleh para pemikirnya.”

Apakah benar kita, sebagai satu bangsa peka dan peduli tentang ketamadunan ini?

Mengikut pandangan seorang lagi anak muda empat puluhan, sebagai satu bangsa orang-orang Melayu itu umumnya tidak berbudaya (?)

“Abang tak percaya cakap saya?” begitulah Hasni Abas, unionist DBP.

“Berapa ramaikah orang-orang Melayu yang pedulikan bahasa dan budayanya? Berapa ramai? Berapa ramaikah yang pedulikan bahasanya? Berapa ramai? Kalau saya mulakan dana untuk mempertahankan bahasa dan budaya kita, apakah ada orang-orang kaya Melayu yang akan peduli?”

Kejengkelannya mudah dimengerti. Sebuah institusi segagah DBP sekadar menjadi sebuah lagi Jabatan Kerajaan. Tidak lebih dan tidak kurang.

Pada saya ada yang lebih parah. Keruntuhan pelbagai institusi awam tentunya akibat pelbagai sebab. Paling utama ialah sikap politik yang tidak demokratik, buta tuli, bebal dan mementingkan kelangsungan kuasa biar apapun akibatnya. Dan semua ini terjadi dengan begitu mudah kerana kita membiarkan semua ini berlaku. Kita yang tidak acuh terhadap segala bentuk penyelewengan yang berleluasa di depan mata. Lihatlah contoh-contoh berikut:

Apabila JKKP ditubuhkan di negeri-negeri yang BN kalah, kita diam kecuali parti pembangkang.

Apabila pendakwaan itu berpilih-pilih menjadi begitu ketara, kita juga diam kecuali parti pembangkang.

Apabila DAP dan rakan-rakan PR lain bising yang amat sangat kerana kematian Teoh dan ada pula akhbar yang mahu menjadikan itu sebagai kes mencabar kredibiliti pentadbir Melayu dan mangsa Cinanya yang dibesar-besarkan, kita juga diam.

Apabila itu…apabila ini..apabila itu-ini…berleluasa…korek-korek-korek menjadi nyata, kita juga tetap diam.

Siapakah kita? Ya siapa?

Para jaguh dan pahlawan ketuanan Melayu. Mereka yang bermati-matian bertempik bahawa Melayu itu unggul. Para pemimpin yang paling awal meloncat ke depan kamera apabila PPSMI ditangguhkan. Ya, para budayawan ulung Melayu yang selama-lamanya bisu kerana sikap menduakan hidup dan kehidupan ini. Merekalah yang bersyarah bahawa Melayu itu tuannya sebuah bangsa. Apakah telah gagah Melayu kerana menjuarai nilai-nilai songsang di atas?

Lantas apakah kesannya? Kitalah juara menduakan segala-galanya. Kita menjadi Abdullah bin Ubai, bapa munafik yang paling ulung. Budaya bangsa seperti apa yang bakal menjelma dari isi perut gerombolan Abdullah-Abdullah bin Ubai ini?

Bangsa yang gagah dan tinggi tamadunnya?

Thursday, July 23, 2009

We cannot forever be pretenders

why do we have to pretend:
that nothing is miserably wrong in this beloved land of ours
that earning a living is the ultimate aim in this life;
when our very homes offer us no more peace of the soul
when leaders are hordes which trampled the masses
yes, why pretend that everything is perfectly sane?

why pretend not to know:
that SPR is the obvious instrument of those in power
that the integrity of our fundamental institutions is of suspect
that power is just an instrument to feed leaders' greed
why pretend everything is perfectly perfect
when monsters are manning our institutions?

how many Kugans, Memalis, Teohs and the likes do we need
before we stop pretending
that life is just about earning a decent living?

alas,
we cannot and should not, forever pretend
that we are just mere pretenders
trying to earn a decent living!


itulah yang saya emel kepada seorang teman, phuah tatkala membaca tragedi Teoh yang telah direntap perjalanan hidupnya...

adakah kata-kata lain yang lebih sesuai untuk merakamkan peristiwa ini? atau kita semua telah menjadi mangsa semarak api perkauman? ya, mungkin sudah ada yang berfikir bahawa tuhan itu seorang...


ya, Allah ampunilah hambaMu...

Sunday, July 12, 2009

PPSMI: Sisi bejat budaya


A friend, an ex-colleague in a government department where we used to slog for almost a quarter of a century honestly confessed, “I find it very tiring to complete even a page of Malay.” Another has another interesting observation, “You just cannot allow something that comes in naturally, the death of a language for instance. You look around you, how many of us, the second generation of migrants from the various Indonesian islands keep their mother tongue? So what is the problem? Even in Indonesia today, people are so enthusiastic about mastering English. I feel the next era would be that of English.” Both of them are Malays, one an ex-RMC, the other an-ex MCKK.

A man accidentally bumped into a woman in the street. Instantaneously their eyes glued, a sudden burst of that itchy-bitchy fatal attraction led them to the inevitable. The next filmic moment, you see them entangled, “siput-babi” in bed.

Not long after I left school, in the late 70s I had an encounter with my senior who went to Hobart for his mechanical engineering degree. There was something interesting about that conversation. Of course we jumped from one topic to another. I remember this one vividly until today, “I told my sister there is nothing wrong if you want to sleep with a man. But be sure, not to be pregnant”

My son, my third child who has completed his UNITEN days has this to tell his mother, “Mama tau budak-budak pompuan sekarang ramai yang berlumba-lumba nak tunjuk sapa yang paling ramai dapat tidur dengan jantan? Depa bangga, depa cukup bangga ma!”

May be my observation is just distorted, too hopelessly skewed. May be, it is. I am part of history, the past. However looking at the pages of Edward Said, ‘Budaya dan Imperialisme’ (Edward Said, ITNM, 2008), the original was written in 1993 under the title of Culture and Imperialism; I do not think we are as independent as we would like to think we are.

We definitely love our ex-conquerors. We simply love them, at least culturally. And as a nation, deep inside us we just hate why we were not born putih?

Inilah sisi bejat PPSMI yang jarang dibicarakan pemimpin besar kita. Pemimpin yang mahu kita segera maju, macam Barat.

Terlambat namun tidak pernah terlambat





Telambat namun tidak pernah terlambat


Setiap sabtu, selama empat jam untuk sepuluh minggu mulai 18hb April 2009 kami berkumpul di kampus International Islam University Malaysia, Gombak untuk bersama-sama laoshi (guru) kami, Mr. Omar Ming Ke Qin. Dalam sesi ‘memanaskan hubungan’ kami semua ditanya, “Kenapa Mandarin?”

Tentunya semua ada jawapan masing-masing. Bagi saya soalannya sepatutnya, “Kenapa baru sekarang?” Benarlah seperti kata Mat Salleh, biarlah terlambat asalkan jangan sampai tak pernah sama sekali!

Pada Sabtu, 11 Julai 2009 kami pun berkumpul untuk menerima sijil tamat belajar masing-masing.

Sekarang ini di negara tercinta ini kita, rakyat juga sedang riuh rendah dengan pro dan kontranya PPSMI. Buat para penyokong kental pemikiran ala mantan seorang menteri perdana, kenapa menjadi bodoh-fanatik-sempit-akal sehingga meninggal dan membuang bahasa Inggeris? Bukankah para fanatik bahasa ibunda tidak mengetahui bahawa bahasa Inggeris itu bahasa dunia?

Agaknya ramai yang juga yang belum benar-benar sedar dan tidak akan pernah sedar bahawa bahasa itu budaya.

Seorang teman menceritakan pengalamannya di sebuah wad di kota metropolitan kita. Dia tersentak melihat telatah seorang anak (Melayu) tatkala melawat bapanya:

“How are you, dad?”

Yes, your dad must be feeling fine...fikir teman saya.

Adab itu termaktub dalam roh bahasa. Dan kita janganlah sampai jadi satu bangsa yang rakyatnya rata-rata bukan lagi manusia.

Sebelum berpisah, seorang teman sempat bertanya, “What’s next after this?”

“Mungkin Mandarin level 2. Kalau panjang umur aku nak juga tahu Tamil walaupun nenek moyangku belum tentu dari sana.”

“Ha..ha.. “ tawanya Quah Teong Keat berderai di panggung Eksperimental UIIM.

Saturday, July 11, 2009

Menyebatikan proses kualiti dalam kehidupan


Seperti yang kita ketahui, urutan tindakan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan ialah proses kerja yang telah difikirkan langkah-langkahnya. Dalam bahasa pengurusan/komputer ia disebut sebagai algorithma. Untuk memudahkan kefahaman proses kerja ini, ia sering digambarkan dalam bentuk carta aliran.

Tatkala ibu kita membuat cucur kodok pisang, ibu secara tidak sedar juga sebenarkan mengikuti proses ini. Namun kita tidak pernah melihat ibu-ibu kita membuka sebarang carta aliran tatkala mereka membuat cucur kodok. Sebabnya mudah saja, resipi dan langkah-langkahnya sudah sebati di dalam kepala ibu. Ibu tak perlukan carta aliran lagi. Entah bagaimana satu hari, ibu dapat tahu yang Mak Cik Leha memasukkan sedikit serbuk penaik, baking powder ke dalam adunan cucucur kodoknya. Kata ibu cucur kodoknya bertambah sedap dengan tambahan sedikit serbuk penaik. Namun saya masih sukakan cucur kodok tanpa baking powder, ia lebih asli.

Sehari dua yang lalu, seorang teman telah menghantar keluarga terdekatnya ke HUKM, Cheras. Tatkala menunggu giliran untuk mengambil ubat di Farmasi Pesakit Luar hospital tersebut, dia ternampak analisa grafik kadar kunjungan pesakit ke Farmasi tersebut. Data kunjungan pesakit dianalisa sehingga pentadbiran farmasi dapat membuat kesimpulan bahawa hari sekian-sekian umumnya kadar kunjungan pesakit tinggi. Lantas dicadangkan kepada para pesakit datanglah hari sekian-sekian yang kurang sesak. Mungkin kajian sedemikian tidak diperlukan. Pengamatan atau common sense kita sudah mencukupi untuk mengetahui bahawa hari Isnin, misalnya sangat sesak. Namun demikian data dikumpulkan sebagai bahan bukti nyata bahawa itulah hakikatnya. Pada pandangan teman saya ini, pihak pengurusan hospital universiti ini sangat peka dengan sistem kualiti. Tambahnya lagi, kalau engkau ke sana, jangan lupa teliti poster 5S yang terpampang di pelbagai sudut strategik HUKM. Teman saya gembira kerana katanya “Kualiti bukanlah macam musim durian, bermusim.”

Hati saya pun terdetik, “ Agaknya bila lagikah orang-orang besar yang memasang kata-kata hikmat yang berbunyi “ Buat Kerja” di pintu depan istana keadilannya akan mula menganalisa, misalnya “Secara purata berapa lamakah seseorang tahanan itu direman?” Satu tahun, seminggu, dua bulan atau sepuluh tahun? Apakah normnya? Atau orang yang mentadbir keadilan ini tidak perlukan proses kualiti dalam kitab pentadbiran mereka? Mereka hanya perlukan kitab undang-undang?

Dari sudut kualiti perkhidmatan pelanggannya, apakah bank-bank kita juga sudah cukup baik?