cintaku padamu, Anum
mahal sekali
kupertaruhkan nyawa
untuk raja dan negeri.
apabila titah raja
membelah perutmu, Anum
fahamlah aku –
taat setiaku
lebih murah
dari harga seulas nangka.
cintaku padamu, Anum
akan kubuktikan
dengan titisan darah raja;
ketika jumaat yang mulia
ketika matahari remang di langit
ketika itulah kerisku
akan memaknakan
cinta kita, Anum.
Kg. Kelantan,
Kota Tinggi
30 Januari 2010.
Bagi saya peribadi, puisi-puisi anak muda ini cukup menyentuh. Maka untuk teman-teman yang sekolah asasnya bukan sastera tapi berminat untuk menikmati sentuhan sastera, saya kerap cadangkan karya anak muda ini.
Puisi dipetik dari laman "Perjalanan Salik" http://rahimidinzahari.blogspot.com
No comments:
Post a Comment