Sunday, February 7, 2010

seanggunmu teja




(kuala pahang adalah puteri anggun semerbak teja
jinakkah dinda dalam cengkam angkuh batu dan batan?
lunakkah amarah tengkujuh cina selatan?)


i)


beberapa purnama kau kuamati
dalam sarat ranum peluk setia sungai pahang
berbisiklah rumah istirahat Diraja itu
sesama jeti pelantar pemunggah rezeki
‘lelaki tua itu mampirnya semusim cuma
mahunya menabung sejemput rezeki’
benarlah, akulah musafir itu


ii)


pada rintih sahabat setia samuderamu
‘bang, habib hassan kini tiada lagi
humban ombak semakin ganas dan garang
gelora tengkujuh nyata sekali gilanya
amuknya seperti tidak bakal reda’


kuala pahang
usahlah kau tangisi habib hassan yang tiada
usah ratapi derap rakus jentera kuasawan
namun rela jangan pada rakus pelahap durhaka.


iii)


kuala pahang
terlalu rupanya rindu ini pada kasturi alammu
sayang, jodoh kita berapa purnama cuma.



wangsa maju
7 februqri 2010.




2 comments:

Anonymous said...

suatu luahan yang amat menghampiri realiti sekarang , dan puisi ini amat bermakna untuk team work di kuala pahang, terima kasih kerana bait-bait puisi ini dapat membangkit semangat yang semakin hilang ngauman rakus jentera kuasawan.......

bengkak said...

betapa tangan² rakus sedang enak merobek kesucian dataran habib hassan tanpa segan silu...