Monday, February 8, 2010

Rencana Pengarang Washington Post




From Washington Post (dipetik dari blog Anwar Ibrahim)
(Editorials)

Sunday, February 7, 2010; A20

IN THE PAST two years, Malaysia, which has been a one-party state since it gained independence in 1957, has made remarkable strides toward becoming a democracy. That it has done so is mostly due to the efforts and political talent of one man — Anwar Ibrahim. So the fact that Mr. Anwar went on criminal trial last week should deeply concern the democratic world. The outcome could determine whether one of Asia’s most economically successful countries preserves its stability and embraces long-overdue reforms.


A former deputy prime minister in the ruling party, Mr. Anwar was deposed and jailed in 1998 by former Malaysian strongman Mahathir Mohamad. A manifestly unfair trial followed in which Mr. Anwar was convicted of homosexual sodomy, which shamefully remains a crime in Malaysia. Six years later, the conviction was overturned by a court, and Mr. Anwar resumed his political career — this time as an open champion of democracy in Malaysia and other Muslim countries.


Mr. Anwar succeeded in forging a coalition of opposition parties, including his own multiracial People’s Justice Party, an Islamic party, and a secular party. He has campaigned against the government’s toxic policy of racial discrimination, which funnels economic favors to well-connected members of the ethnic Malay majority. In the past two years, his coalition has pulled off a string of stunning victories in state and parliamentary by-elections; it now controls four of 13 state governments. If led by Mr. Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013.


That’s one reason it’s suspicious that, three months after the state election victories in 2008, Mr. Anwar was once again accused of sodomy. Another is that his young male accuser was seen with aides of Najib Razak, who is now prime minister; Mr. Anwar says he has evidence that the accuser met with the prime minister and his wife shortly before making his charge. A third is that the case has been transferred from criminal court to a higher court whose judges are closely linked to the ruling party.


If Mr. Anwar is convicted, he could be sentenced to up to 20 years in prison and would be banned from politics for five years. He is 62. The ruling party no doubt hopes a conviction will cause the opposition coalition to crumble. But it could just as easily provoke a backlash against Mr. Najib or street demonstrations that could destabilize the country. That’s why the Obama administration and other Western governments interested in stability in Asia should make clear that the imprisonment of Mr. Anwar would be a blatant human rights violation — and not in Malaysia’s interest.



Dan jika kita terjemahkan:


Sejak dua tahun mutakhir ini, Malaysia sebuah negara satu parti sejak mencapai kemerdekaannya dalam tahun 1957, telah melangkah gagah untuk menjadi sebuah negara demokrasi. Dan kejayaan ini semua berlaku kerana usaha-usaha dan kemahiran politik seorang manusia ― Anwar Ibrahim. Hakikat bahawa Anwar diheret ke pengadilan atas tuduhan jenayah minggu lalu, tentunya amat merisaukan khalayak demokrasi dunia. Keputusan mahkamah ini bakal menentukan sama ada salah sebuah negara Asia yang berjaya ekonominya ini dapat mengekalkan kestabilannya dan terus melaksanakan reformasi yang sudah sekian lama tertunda.


Beliau adalah mantan Timbalan Perdana Menteri dari parti pemerintah, telah disingkirkan dan dipenjarakan oleh bekas orang sangat berkuasa Malaysia, Mahathir Mohamad. Berikutan pengadilan yang ternyata tidak adil, Anwar telah disabit kesalahan liwat sesuatu yang menyedihkan kerana liwat masih lagi satu jenayah di Malaysia. Enam tahun kemudian, hukuman ini telah ditolak mahkamah, dan Anwar meneruskan kerjaya politiknya― kali ini sebagai juara nyata demokrasi di Malaysia dan negara-negara Islam lainnya.


Anwar berjaya menyatukan gabungan parti-parti pembangkang, termasuk parti pelbagai kaumnya sendiri iaitu Parti Keadilan Rakyat dan masing-masing sebuah parti Islam dan sekular. Dia telah berkempen menentang dasar mudharat pemerintah iaitu diskriminasi kaum, dasar yang mengagihkan habuan ekonomi kepada orang-orang Melayu yang rapat dengan pemerintah. Dua tahun terakhir ini parti gabungannya telah berjaya mencapai kemenangan-kemenangan mengejutkan dalam pilihan raya kecil negeri dan parlimen. Parti gabungan ini menguasai empat daripada tiga belas buah kerajaan negeri. Sekiranya dipimpin Anwar, parti gabungan ini memiliki peluang yang cerah memenangi pilihan raya yang ke-13 dalam tahun 2013.



Ada satu sebab kenapa tuduhan ini meragukan, tiga bulan setelah mencapai kejayaan dalam pilihan raya di peringkat Negeri dalam tahun 2008, Anwar Ibrahim sekali lagi dituduh meliwat. Sebab lain ialah anak muda yang membuat tuduhan ini pernah kelihatan dengan para pembantu Najib Razak iaitu Perdana Menteri sekarang. Anwar Ibrahim juga berkata bahawa beliau memiliki bukti bahawa si penuduh telah bertemu dengan perdana menteri dan isterinya tidak lama sebelum dia membuat tuduhan. Sebab ketiga ialah kes tersebut telah dipindahkan dari mahkamah jenayah ke mahkamah yang lebih tinggi, mahkamah yang para hakimnya lebih rapat hubungannya dengan pihak penguasa yang memerintah.


Sekiranya Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman, dia mungkin dipenjara sehingga 20 tahun dan diharamkan berpolitik selama lima tahun. Umurnya kini 62 tahun. Penguasa yang sedang memerintah sangat berharap sekiranya Anwar didapati bersalah, gabungan pembangkang akan runtuh. Tapi mungkin juga hasilnya bakal melantunkan kecederaan terhadap Najib atau mengakibatkan unjuk rasa jalanan yang mungkin mengoncang kestabilan negara. Itulah sebabnya mengapa pentadbiran Obama dan Kerajaan-Kerajaan Barat lain yang peduli akan kestabilan Asia, wajib menjelaskan pendirian mereka bahawa pemenjaraan Anwar merupakan pelanggaran terang-terangan hak asasi manusia ― dan tentunya ini tidak akan menguntungkan dan tidak bermanfaat kepada Malaysia.



No comments: