Monday, February 8, 2010

Jangan sampai rakyat meluat kepada kita!



OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Tidak cukup dengan keputusan jawatankuasa disiplin yang memeningkan kita dan menjadi bahan ketawa abad ini, kini timbul semula isu muzakarah PAS dengan Umno.

Sekejap ada sekejap timbul. Sekejap ada sekejap timbul. Apa lagi kalau bukan muzakarah PAS dan Umno ? Sekejap UG, sekejap muzakarah. Sekejap muqabalah. lepas ini apa pula, kita pun tidak tahu. Saya yakin rakyat dah muak dengan isu ini. Jika saya tidak bersama PAS, sudah tentu saya orang pertama yang paling muak dan meluat dengan isu ini dan muak kepada kedua-dua parti politik yang membangkitkan isu ini.

Saya tidak boleh tegur Umno sebab dia bukan parti saya. Tapi saya ingin tegur pemimpin PAS. Kenapakah mereka tidak serik-serik membangkitkan isu ini sedangkan tiada angin tiada ribut. Bukankah lebih baik kalau kita gunakan pemikiran kita untuk perkuatkan Pakatan.

Saya rasa terpanggil ingin menegur pemimpin PAS tidak kira setinggi mana pun jawatan mereka dalam parti. Biarlah orang PAS marah saya daripada rakyat marah kepada PAS dan menghukum PAS selepas ini.

Cukuplah bangkitkan apa sahaja isu yang rakyat boleh hidu bahawa PAS dan Umno cuba nak berbaik. Takkan kita masih tidak kenal UMNO ! UG ke atau muzakarah ke bagi rakyat yang dah meluat dengan Umno , PAS dilihat sentiasa memberi nafas kepada Umno jika isu UG atau muqabalah atau muzakarah dibangkitkan.

Meluat rakyat ada hadnya. Jangan sampai PAS berani-berani menghampiri had itu. Jika rakyat meluat kepada kita, jangan marah mereka marahlah kepada diri kita sendiri !!!


Nota kaki:

1.0) Syukurlah masih ada 'rakyat Pas' yang mahu ke depan apabila mereka perlu ke depan. Namun untuk 'rakyat begini' risikonya sememangnya tinggi. Sebagai sebuah organisasi , Pas beruntung kerana masih ada yang cepat bangkit untuk menegur. Tahniah Sdr Hanipa.

2.0) Untung juga Pas cepat bertindak dalam isu nama Allah. Entah apa yang akan terjadi sekiranya sikapnya hanya sekadar 'look see, look see". Tentulah amat payah jadinya kepada kita, rakyat jelata semua.

3.0) Dan apabila terbaca bahawa akan ada lagi semacam engagement terbaru Pas-Umno, saya mulai yakin bahawa sememangnya ada hasrat yang cukup besar dan berkobar-kobar dalam kalangan pemimpinan Pas untuk bermesra. Ada semacam cita-cita mahu juga masuk, walaupun sebentar ke kandang Umno. Usahlah dibina apa sekali alasannya sekarang, Pas memang sangat teringin untuk bersama Umno.

Yang menyokong hujah demi Melayu dan Islam, tentunya menempelak.."Why not, yes, yes.. why not, if it is for the good of our country." Silakan berhujahlah begitu. Silakan..tapi jangan pula terkejut jika ada yang memulangkan paku buah kerasnya apabila sampai masanya nanti! Percayalah, bayang-bayang Umno sudah mulai kelihatan. Itu terjadi melalui peti undi.

Bertambah sakit dan penatlah para pembawa slogan. Ternyata "Pas for all" juga sudah mahu masuk kandang Malaysia yang satu.

Benarlah, orang yang cerdik-jahat sememangnya amat bijak. Itulah sebabnya orang-orang ini, kekal berkuasa sebelum dan selepas merdeka. Mereka memang bijak menipu semua manusia, termasuk yang lurus bendul.

Sekali lagi, syabas sdr Hanipa.

Wallahuaklam.


1 comment:

Anonymous said...

Hanipa,
Saya 1000 peratus sokong.
Nampaknya budaya ini cukup liat.
Hampaeh sungguh.

azizi abdullah