Wednesday, March 24, 2010

Perihal pembangkang yang iri hati


Ini satu berita menarik dari Parlimen kita:


Ketika meneruskan ucapannya, Tajudin berkata pembangkang bertindak demikian kerana iri hati dengan kekayaan yang diraih oleh orang-orang Umno.

"Dengan menyebut nombor 20 dan nombor 40, itu diungkit seolah-olah bila anak perdana menteri, adik perdana menteri mesti papa kedana," katanya yang turut meminta pemerhati di galeri awam supaya menilai kelakuan yang ditunjukkan oleh Mahfuz itu.


Apakah respons tuan terhadap buah fikiran yang seperti ini?

Ya, respons terhadap buah fikiran bahawa ada yang iri hati terhadap kekayaan orang-orang Umno.

Maka saya pun jadi teringat akan jenaka nakal seorang kawan lama - begini:

Seorang perompak sangat berang kerana mendapati tuan rumah tidak memiliki kekayaan seperti yang diharap dan bayangkan. Saking marahnya, maka meraung-raunglah sang perompak dengan sekuat-kuat hatinya:

"Lihatlah, penduduk semua!!! Betapa malasnya tuan rumah ini. Papa kedana! Buat penat aku saja, aku susah payah masuk rumahnya!"

Semua orang kampung pun setuju. Ya...ya..malaslah orang ini. Tak ada pun sedikit harta. Terlalu sedih mengenangkan nasib malang tetamu malam ini, seluruh penduduk kampung pun menangis beramai-ramai sehingga banjir seluruh kampung.

Saya pun bertanyakan kawan ini, apakah moral ceritanya?

Kalau tak hendak kampung banjir, jangan zalimi tetamu malam. Tak baik.

Sebelum pergi, kawan saya menambah:

Lagi tak baik kalau iri hati terhadap orang-orang Umno!!






No comments: