Wednesday, March 24, 2010

Semuanya bohong belaka


Peristiwa di Negeri Tidak Bercakap Benar



Dalam Entah Berentah, sebuah kampung dalam gugusan alam ini, bercakap TIDAK benar menjadi perbuatan yang sudah diterima oleh seluruh masyarakat. Jadi sekiranya ada yang masih lurus, masih bercakap benar, semua di sekelilingnya menjadi pelik ― kenapa masih wujud manusia yang mahu bercakap benar.


Kaab yang tinggal di Madinah pada zaman Nabi pasti pengsan mengetahui bahawa ada manusia yang sangat berbangga - TIDAK bercakap benar!


Memandangkan TIDAK bercakap benar itu sudah menjadi satu norma dalam kehidupan di Entah Berentah, maka tidak ada sesiapa lagi yang bercakap benar.


Seorang lelaki papa-licik telah sekian lama memasang niat untuk mengahwini Tuan Puteri Si Cantik Ayu, TPCA anak tunggal MahaRaja yang memerintah. Dipendekkan cerita, si pemuda papa tapi licik ini, akhirnya dapat bertemu jua empat mata, tanpa bermain mata, dengan Tuan Puteri yang Maha Ayu ini.


Tatkala berdepan dengan TPCA, maka berlakulah dialog berikut:


“Apakah kamu ini lelaki?”


“Tidak, patik ini perempuan”


“Apa betul kamu ini lelaki?”


“Sungguh maha benar, patik sememangnya perempuan”


“Kenapa...sampai sekarang kamu belum juga kahwin?”


“Patik telah bersuami.”


“Ya? siapakah suamimu, wahai orang muda?”


“Nyamuk, Tuanku, nyamuk!”


Ahhaaa... kaulah rupanya yang paling pantas, kujadikan suami, fikir TPCA sambil tersenyum.


Ahaaa..rupa-rupanya TPCA baru saja membaca kisah ‘Kutangkap Nyamuk’ dalam “Dari Salina Ke Langit Petang” halaman 9 sebuah ‘autobiografi seni’ SN A. Samad Said, Wirabukit Sdn Bhd, 2008).


Jika tuan belum membacanya, sila dapatkan naskhah tuan di alamat berikut:



Wira Bukit Sdn. Bhd

D-216, Palm Spring @ Damansara, Jalan PJU 3/29, kota Damansara,

47810 Selangor, Malaysia.

Faks: 03-7883 0042 dan E-mel: helmysamad@wirabukit.com






No comments: