Sebuah teka teki komunikasi
Seorang pakar motivasi yang sangat tersohor telah dijemput untuk merangsang sekumpulan penduduk tempatan yang tidak diketahui latar belakangnya kecuali, “mereka ini hanya membaca Utusan dan menonton TV yang tidak berbayar alias media milik dan dikuasai Pekembar.” Itulah yang disampaikan oleh pengerusi JKKK yang dikenali sangat sayangkan Melayu dan Islam.
Bagi sang pakar ini semua bukan masalah yang perlu dikelebek seperti membelah rambut yang mengurai sehingga mencecah tumit. Tak perlu itu semua, tak perlu. Sebagai manusia berilmu, dia mestilah bersedia untuk ‘menyampaikan ilmunya kepada semua manusia tanpa mempedulikan bangsa, agama, warna kulit dan sekarang ini termasuk gender (perempuan, pondan dan juga lelaki). Manusia berhak disampaikan ilmu yang baik-baik dan berfaedah’.
Diringkaskan cerita, sebaik saja sang pakar duduk di sofa di atas pentas, pengerusi JKKK telah membisik-bisikkan sesuatu kepadanya.
Oh..begitu...sambut sang pakar motivasi sambil mengangguk-angguk seperti tekukur jantan di hujung dahan.
Oooo...begitu...
Bagaimanakah caranya sang pakar motivasi ini menerangkan bahawa ilmu itu di mana-mana saja di alam ini? Yang lebih utama ialah usaha untuk memperolehi ilmu itu. Dan bagaimanakah pula caranya memberitahu bahawa:
Membaca, mendengar dan berhujahlah dengan mata hati dan mata akal adalah fitrah manusia yang cintakan kebenaran. Kebenaran, seperti kebebasan tidak mungkin dikurung selama-lamanya di sebalik jerejak peraturan yang namanya manipulasi@putar-belit.
Jika ada di antara teman-teman yang ketahui caranya untuk sang pakar dapat menyampaikan maklumat ini kepada para khalayaknya, silalah hubungi:
barajiwa@gmail.com atau mungkin tinggalkan saja sepatah dua perkataan dalam laman ini.
Untuk itu, terima kasih.
Oh , ya sebelum terlupa inilah yang dibisik pengerusi JKKK:
Mereka ini kumpulan OKU kampung yang sangat cerdik tetapi kadang-kadang tercicir kerana mungkin kehilangan nikmat pendengaran, penglihatan atau mungkin juga tidak berupaya bercakap atau mungkin juga lupa tentang nikmat berfikir .
1 comment:
immmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
ooooooooooooooooooooooooooo
eeeeeeeeeeeeeeeeh
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah
sambil mengusung tilam yang penuh dengan tompokan di hadapan khalayak ramai, atau desak pegawai perubatan membuat kenyataan yang si tertuduh menumbuk mukanya sendiri, cerita ini pun yang buta ,pekak pun boleh percaya yang ni tipu punye crite , yang dapat melihat dan tak pekak masih was-was dan sanggup bersumpah palsu.
Post a Comment