Dinsman (Artikel 154, 9/4)
Program Seni-Budaya tak perlu besar-besaran
Sewaktu kami bergerak aktif membuat program teater dan baca puisi merata-rata dalam tahun-tahun 80-an dulu (melalui Grup Teater Elit), kawan saya Sutung Umar Rs pernah berkata: “Buat persiapannya macamlah nak naik ke bulan. Punyalah hebat bermesyuarat. Tapi hasilnya macam tak buat persiapan juga!”
Kata-kata itu ditujukannya kepada orang-orang tertentu di pihak yang bekerjasama dengan Teater Elit, menganjurkan program teater dan baca puisi, khasnya program baca puisi. “Punyalah hebat persiapan,” katanya. “Macam bersiap nak naik ke bulan.”
Keadaan yang begitu sebenarnya masih berterusan hingga ke hari ini. Punyalah susahnya nak buat aktiviti seni-budaya, macamlah nak buat projek “naik ke bulan”. Belum apa-apa, kertas cadangan atau kertas-kerja dulu akan diminta. Kita pun buatlah kertas cadangan dan kemukakan kepada mereka. Lepas itu tunggulah. Bukannya sekejap tunggunya.
Itulah dia sandiwara orang-orang yang berkuasa. Tak kira yang berkuasa besar mahupun yang berkuasa kecil – sama saja. Daripada kerajaan Umno-BN dulu, hinggalah kepada kerajaan Pakatan Rakyat sekarang – sama saja! (Razali Endun jangan ketawa ya. Saya serius. Dalam perkara ini saja sama. Dalam perkara lain tak sama.)
Demikianlah. Bukannya nak buat projek besar mana sangat pun. Tak sampai RM10 ribu pun perbelanjaan yang diperlukan. Tapi mengapa jadi susah sangat? Minta supaya dibuat kertas cadangan seolah-olah nak buat satu projek pembangunan bernilai RM10 juta. Dan lepas itu kena tunggu berbulan-bulan, seolah-olah nak kena buat kajian terlebih dahulu, atau nak kena rujuk kepada pakar terlebih dahulu.
Tak usahlah kita bersandiwara! Lagi pun, nak bersandiwara dengan siapa? Penggiat-penggiat seni-budaya seperti saya dan kawan-kawan dalam Paksi dan Budayawan Bertindak ini, kebanyakannya lebih berpengalaman dan berkepakaran dalam hal-hal aktiviti seni-budaya yang dimaksudkan. Jadi, eloklah kita bercakap terus terang saja. Tak perlulah nak tunggu sampai setahun baru nak beri jawapan, kononnya “tak ada peruntukan”!
Kalau memang tidak pernah dibuat peruntukannya, memang tak akan ada peruntukanlah. Betul tak? Dan mengapa perlu dipendam dan diperam sehingga setahun untuk diberi jawapan semudah dan ‘sebodoh’ itu! (Maaflah, terkasar sikit).
Betul. Itulah keadaannya. Wahai orang-orang yang berkenaan, tolonglah faham keadaan ini. Dan jangan menganggap bahawa para seniman dan budayawan ini memohon belas ehsan tuan-tuan pihak berkuasa, supaya menghulurkan bantuan kepada mereka.
Heh, bantuan konon! Duit itu duit siapa sebenarnya? Duit tuan-tuan pihak berkuasakah? Atau duit rakyat? Kalau itu duit rakyat, macamana pula tuan-tuan menganggap itu duit tuan-tuan, yang tuan-tuan nak beri bantuan kepada para seniman dan budayawan?
Ini perkara asas yang saya kira perlu kita semua fahami. Bukan sahaja “orang-orang berkuasa” itu tidak faham, orang-orang seni dan budaya pun ramai juga yang tidak faham. Maksudnya, tidak faham bahawa peruntukan untuk aktiviti seni dan budaya itu adalah sesuatu yang mesti diwujudkan dan diperuntukkan dalam bajet kewangan sesebuah negeri atau negara. Itu adalah hak para seniman dan budayawan, yang mesti diberikan oleh kerajaan kepada mereka.
Saya sengaja menulis mengenai perkara yang ‘remah’ ini kerana saya dapati ramai lagi kawan-kawan penulis dan aktivis seni-budaya yang seperti tidak memahaminya. Akibatnya mereka bukan sahaja tidak dapat membantu apabila kita berurusan dengan “pihak berkuasa” mengenai seni dan budaya, tetapi mereka kadang-kadang malah tambah menyusahkan pula urusan berkenaan.
Program seni dan budaya. Apakah itu program seni dan budaya? Aduh, menghadiri beberapa pertemuan dan perbincangan mengenainya akhir-akhir ini, menyebabkan saya teringat kepada kata-kata kawan saya Sutung Umar Rs, yang diucapkannya 30 tahun lalu itu. Kenapakah demikian? Mungkinkah itu terjadi kerana orang-orang berkenaan itu memang tidak pernah duduk berfikir dan berbincang mengenai seni dan budaya, tiba-tiba mereka dikehendaki melakukannya, maka mereka pun
Paling mudah, misalnya, diskusi buku. Suatu program yang sangat mudah, tetapi sangat penting dan perlu dilakukan secara berkala (tetap), terutamanya oleh pihak perpustakaan awam. Ia suatu aktiviti keilmuan. Belanja membuatnya sangatlah kecil, sedangkan faedahnya sangatlah besar. Tetapi pernahkah kita mendengar pihak perpustakaan awam kita menganjurkan sesi diskusi buku?
Apabila saya
Maka saya teringat kepada anak-anak muda yang baru saya temui dan bercakap-cakap dengan mereka, seperti yang saya ceritakan dalam WB minggu lalu. Saya
Saya tak perlu menunggu lama untuk menerima jawapan dari mereka. Dan jawapan mereka sangatlah positif. Setuju, “tapi kalau boleh kita buat secara santai dan tidak formal.” Mudah pula! Mengapa di sini jadi mudah, dan di
Atau barangkali kerana minda dan jiwa mereka masih belum dicemari oleh “pencemaran politik”? Ya, saya fikir itulah jawapannya. Minda dan jiwa mereka belum tercemar oleh ‘pencemaran politik’.
Seperti yang saya sebut dalam perbincangan dengan Lujnah Kebudayaan PAS Pusat di Shah Alam baru-baru ini: “Masyarakat kita terlalu banyak berpolitik, hingga terjadi pencemaran politik”. Maka seni dan budaya menjadi sangat diperlukan hari ini, untuk memberi keseimbangan kepada masyarakat yang terlalu banyak berpolitik; dan untuk menjernihkan jiwa dan minda yang tercemar oleh banyaknya hal-hal politik dalam masyarakat kita.
(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 0136362408)
No comments:
Post a Comment